‘Orang Pun Nak Raya Juga’ Lelaki Ini Guna Siren Polis Cuba Elak Kesesakan Cetus Kemarah4n Netizen

BATU PAHAT: Lelaki yang menggunakan siren polis untuk memudahkan perjalanannya meredah kesesakan jalan raya di Parit Raja, dekat sini, petang semalam, ditahan polis pagi tadi.

Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan jam 10.30 pagi, selepas polis melakukan risikan berikutan rakaman videonya yang memandu Proton Gen 2 menggunakan siren polis itu, tular di media sosial sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Azhan Abdul Halim, berkata pihaknya membuat risikan menjejaki lelaki berkenaan selepas menerima aduan awam kira-kira jam 2.30 pagi tadi.

“Rakaman video yang tular sejak semalam itu menunjukkan terdapat sebuah kenderaan awam (Proton Gen 2) menggunakan siren bagi memudahkan perjalanan dengan mendapatkan laluan daripada kenderaan lain yang terpedaya dan menyangka ia adalah kereta peronda polis di dalam kesesakan jalan raya di sekitar Parit Raja.

“Daripada risikan maklumat yang diperoleh lapan jam kemudian, polis menahan seorang lelaki berusia 34 tahun dan merampas kenderaan Proton Gen 2 yang digunakan suspek.

: bharian“Pemeriksaan polis menemui set siren dipasang di dalam kereta berkenaan dan kes itu disiasat di bawah kesalahan menghalang lalu lintas dan menyamar sebagai penjawat awam di bawah Seksyen 21 Akta Polis 1967 dan Seksyen 170 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Azhan berkata, jika sabit kesalahan bagi kesalahan halangan lalu lintas berkenaan, suspek boleh didenda sebanyak RM200 atau dipenjara maksimum tiga bulan atau kedua-duanya sekali.

“Manakala bagi kesalahan menyamar penjawat awam, hukuman yang diperuntukkan adalah boleh dipenjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali.

“Polis menasihati semua pengguna jalan raya bagi mematuhi peraturan jalan raya dan mengamalkan pemanduan berhemah terutama di musim perayaan yang sering berlaku kepadatan dan kesesakan jalan raya,” katanya.

Antara komen-komen Netizen :

Syabas polis ada lagi kereta yg pakai strobe lagiht macam kereta polis yg escorts vvip pun ada di gunakan oleh org yg tidak bertanggug jawab harap pihak berkuasa mengambil tidakkan yg sewajarnya pada individu tersebut

Aku pernah terkena sekali, beriya2 aku ngelak untuk memberi laluan tapi ada seorang mata sepet bawa volvo, nombor tak sempat catit sbb dia besit laju selepas dapat laluan… kejadian di Klang awal tahun ni

Klu tak mau hadap jem time perayaan duduk umah sama je ngan org yg suke ikut laluan kecemasan,bulan puasa boleh sabar,takan syawal dh hilang sabar

Agak-agak le nak menyamar polis, sekurang-kurang pakai preve turbo silver,putih. Ini persona lama kaler hitam plak tu nak menyamar polis. Menyamar jd Rela pun tak lepas.

Dalam hawai five o dia pakai chevrolet camaro warna hitam,abg plak pakai gen2 hitam,warna sama..siren sama,enis kereta berbeza.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : bharian.com




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top