‘Nostalgia Manis’ Ainul Mardhiah DiPakaikan Baju Kurung Ungu, Dan Ini Kata-kata Dari Amy Zuraidah

SAMBUTAN Aidilfitri kali ini lebih bermakna buat Ahmad Safiuddin Ahmad Razak dan isterinya, Nurul Erwani Zaini apabila berpeluang beraya bertiga bersama anak mereka, Ainul Mardhiah.

Namun sambutan kali ini agak berbeza apabila mereka terpaksa beraya di London selepas Ainul Mardhiah yang menghidap ketumbuhan kanser Germ Cell Tumor mula menjalani rawatan di sebuah hospital di sana.

Terbaharu dia berkongsi video anak perempuannya dipakaikan baju raya berwarna ungu oleh isterinya pada Syawal kedua.

Rakaman video berdurasi dua minit 13 saat itu menunjukkan Nurul Erwani turut dibantu seorang jururawat semasa memakai baju kurung kepada anak perempuannya itu.

Selepas itu, Nurul Erwani dilihat memangku Ainul Mardiah.

Di akhir video tersebut, tangan Nurul Erwani seolah-olah mengesat air matanya ketika menepuk anaknya untuk tidur.

Setakat pukul 3.30 petang Khamis, klip video itu dikongsi sebanyak 2,200 kali dan mendapat 5,400 tanda suka.

Rakaman video itu turut mengundang sebak netizen yang sering mengikuti perkembangan bayi berusia sembilan bulan itu.

“Menangis terus aku tengok video ni. Ya Allah kau berilah peluang untuk Ainul sayang bernafas seperti baby lain.

“Untuk ibu Ainul… cemburu saya lihat pemakaian awak. Sangat sempurna sebagai wanita islam. Alhamdulillah,” tulis seorang netizen di posting tersebut.

Sementara itu, beberapa individu lain turut mendoakan kesihatan Ainul Mardhiah.

“Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim , kau kurniakan lah kesembuhan kepada Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin. Hilangkan segala kesakitan dia. Hadirkan senyuman manis yang kekal di wajahnya Wahai Yg Maha Besar lagi Maha Penyayang.

“Kepada walid dan mama Ainul semoga hari-hari yang mendatang di kota London bakal menjadikan nostalgia manis untuk dikongsi sentiasa bersama-sama kami di sini. Kami rindu Ainul Mardhiah kerana nama Ainul sentiasa dalam doa kami,” tulis Amy Zuraidah.

Kisah Ainul Mardhiah menjadi tular sehingga mendapat perhatian pakar bedah warga Malaysia yang berpangkalan di United Kingdom (UK), Dr Nur Amalina Che Bakri.

Dr Amalina bersama sekumpulan pakar di UK bersedia membuat pembedahan terhadap bayi itu dengan kos rawatan dianggarkan lebih RM1 juta.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top