“Ni Confirm Darah Tinggal Secamca,” Detik Cemas Penunggang Motosikal Dikejar Pak Belang

Harimau merupakan haiwan yang melambangkan simbol kekuasaan, kekukuhan dan juga kekuatan. Selain dengan nama harimau, haiwan ini juga digelar sebagai ‘Pak Belang’ berikutan bulu pada badannya yang mempunyai corak belang. Haiwan ini juga merupakan salah satu haiwan yang garang dan merbahaya. Perkara ini kerana haiwan tersebut boleh mengancam kehidupan lain termasuk juga nyawa manusia.

Berhadapan dengan haiwan tersebut merupakan peristiwa menakutkan yang sukar untuk dilupakan oleh kebanyakan orang. Perkara ini kerana haiwan tersebut boleh meragut nyawa seseorang tanpa belas kasihan. Menerusi sebuah rakaman yang tidak diketahui lokasi sebenarnya, dua orang yang menaiki motorsikal berhadapan detik cemas apabila dikejar oleh haiwan tersebut ketika dalam perjalanan merentasi hutan tersebut.

Rakaman berdurasi 9 saat itu memaparkan seekor harimau sedang mengejar dua orang penunggang motosikal. Merasakan keselamatan nyawa mereka teracam, penunggang tersebut mempercepatkan pergerakan motosikalnya supaya tidak dapat dikejar oleh harimau tersebut. Walau bagaimanapun, mereka boleh menarik nafas lega setelah harimau tersebut kembali memasuki semak di tepi jalan.

Insiden yang berlaku itu sudah pastinya menyebabkan rasa ketakutan yang dialami oleh seseorang yang menghadapinya. Oleh itu, berikutan rakaman tersebut telah tular di media sosial, rata-rata warganet berkongsikan hujah mereka tentang aksi kejar-mengejar tersebut.

“Kalau dapat tangkap tadi tiada maaf bagi mu Bro”

“Ni confirm darah tinggal secamcam”

Sumber: Akurat.co




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top