Nadya Syahera tergamam pabila suaminya minta orang ramai undi sama ada ingin berceraii atau Tidak

Pelakon yang tidak asing lagi di tanahair Nadya Syahera mengakui terkejut dengan tindakan suaminya, Fizul Nawi yang meminta pandangan netizen menerusi kaedah undian di Instastory berhubung masa depan rumah tangga mereka yang dikatakan sedang bergolak.

Tidak tahu apakah niat sebenarnya dia buat macam tu. Sebab sebelum ini, dia tak pernah pula kata nak cerai tapi ada lah juga bagi ‘hint’ seakan nak ke arah situ.

Menurut Nadya, 26, dia tidak mengetahui niat sebenar Fizul memuat naik soalan tersebut.

“Saya pun tak tahu apa yang dia nak sebenarnya. Mungkin apa yang dimuat naik itu dalam keadaan dia sedang marah dan tidak boleh berfikir secara rasional,”

“Saya memang agak terkejut apabila diberitahu Fizul ada meminta netizen untuk mengundi sama ada nak bercerai atau tidak di Instastory dia.”

Kata Nadya, dia masih berhubung dengan Fizul dan akan menyelesaikan masalah mereka selepas suaminya yang kini berada di Kelantan pulang ke rumah.

Saya bukanlah nak jatuhkan maruah sesiapa atau nak aibkan suami sendiri. Apa yang saya buat ni hanya ingin mengajar dia dan wanita-wanita yang suka ‘menyondol’ suami orang.

Buat masa sekarang ini, saya masih berhubung dengan Fizul melalui telefon sebab saya pun masih isteri dia dan ada anak-anak perlu diutamakan.

Tapi saya akan berbincang mengenai masalah kami bila dia balik sini (Kuala Lumpur) sebab sekarang dia berada di Kelantan untuk uruskan perniagaan,

Nadya sebelum ini mendakwa suaminya menjalinkan hubungan cinta dengan adik kepada pengasas kosmetik berasal dari Kelantan dan tidak pulang ke rumah selama sebulan.

Nadya sebelum ini membuat pendedahan suaminya yang juga seorang usahawan berlaku curang hingga menjadi perbualan di media sosial sejak Jumaat lalu.

Manakala Fizul menerusi Instagram kesal dengan tindakan isterinya itu yang dianggap menjatuhkan maruah dia dan keluarga.

Namun, Fizul menjelaskan dia tidak pulang ke rumah sepanjang Ramadan lalu kerana sibuk menguruskan perniagaan di tiga buah negeri.

Nadya dan Fizul berkahwin pada 25 September 2015 dan perkahwinan itu merupakan kali kedua buat usahawan tersebut.

Terdahulu, hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose dan Mohamad Dayyan yang masing-masing berusia dua dan satu tahun.

Dalam pada itu juga, Nadya memberitahu dia tidak berniat untuk membuka ‘aib’ atau ‘menjatuhkan maruah’ sesiapa namun hanya ingin memberi pengajaran kepada suami dan juga wanita di luar sana yang gemar menggoda lelaki yang sudah berkahwin.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @lubokviral untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Kredit:MstarOnline /monyethijau




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top