‘Mohamed Salah Memang Muslim Sejati’ Tindakan Elak DiCium Wartawan Buat Netizen Terpegun

 Ketika MOHAMED Salah gembira dengan kehidupan berkeluarga pasti ada ujian untuknya dan jelas kali ini dia tidak mahu dicium oleh mana-mana wartawan, tidak kiralah jika mereka berniat baik sekalipun.Itulah nama seorang Muslim Sejati.

Selepas Liverpool menewaskan Tottenham Hotspur 2-0 pada final Liga Juara-Juara (UCL), Salah mendapat banyak perhatian terutamanya pihak media yang membuat temu ramah spontan di atas padang.

Pemain Mesir itu dirakam cuba mengelak detik seorang wartawan wanita yang membongkok diri menghampirinya dalam temu ramah itu.

Dengan suasana bising dan penyokong bersorak membuatkan suasana bingit, hasrat wartawan terbabit adalah mahu bertanya tetapi Salah menyangka dia cuba menciumnya.

Peminat bintang Liverpool itu, tersalah anggap situasi berkenaan memuat naik video itu di Twitter agar ia terus diingati selama-lamanya.

“Dia seperti berkata “isteri saya ada di sini,”‘ kata seorang pengguna media sosial manakala seorang lagi menulis ‘anda tidak boleh menyentuh Raja Mesir (Egyptian King) sesuka hati.”

Salah yang mendirikan rumahtangga dengan Maggi pada 2013, mempunyai seorang anak perempuan, Makka yang dilahirkan pada 2014.

Video

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : hmetro

 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top