‘Messi Begitu Sedih’ Selama 13 tahun Peneman Setia, Kucing Kesayangan Sugul Di Sisi Jenazah Tuannya

Sebenarnya kucing merupakan haiwan yang sangat manja dengan manusia. Jadi, tidak hairanlah ramai yang memeliharanya dirumah dan dijadikan teman dikala sunyi.
Sifatnya yang sukakan perhatian dan akrab dengan tuannya membuatkan kucing peliharaan tidak mahu berpisah dengan pemilik. Namun begitu, ajal dan maut adalah ketentuan daripada Maha Pencipta.
Tak berganjak dari sisi jenazah
Menerusi satu perkongsian di Twitter, seorang gadis telah menceritakan perihal kucing peliharaan bapa saudaranya. Beberapa hari lepas, pak cik kepada pengguna laman sosial Twitter, Nuriylia Malek telah pergi menghadap Illahi. Apa yang menyedihkan, kucing peliharaan pak ciknya masih setia disisi jenazah dan kelihatan sugul.

Sayang pada tuannya

dimana tuan aku

13 tahun bersama tuannya

Kucing yang di beri nama Messi itu dikatakan sudah hampir 13 tahun hidup bersama-sama pakciknya. Ketika tuannya meninggal dunia, Messi terlihat sedih dan tidak lalu makan. Wajahnya jelas tergambar rasa sedih walaupun tidak mampu untuk meluahkan.

Muka Masih Sayu

Macam Mencari Sesuatu

Melalui perbualan  kumpulan WhatApps keluarga, Nurilya telah bertanyakan perkembangan terbaru Messi. Kelihatan dia sudah mahu makan namun masih terlihat sayu. Menurut salah seorang ahli keluarga gadis tersebut, Messi seakan mencari sesuatu yang hilang.

Semoga Messi boleh kembali ceria

Perkongsian Nurilya mengenai kucing peliharaan arwah pak ciknya itu benar-benar menyentuh hati warganet. Mereka telah menurunkan komen menzahirkan rasa sedih di ruangan Twitter milik gadis itu. Ada juga yang turut berkongsi kisah sama seperti yang terjadi oleh Messi.

Tolong peluk dan belai dia sentiasa

Mata masuk Habuk

Ramai Yang ada kisah sama

Begitulah binatang pun tahu dan ingat tuannya dan mungkin perasaan sayangnya dijelmakan dengan cara lakunya walaupun tidak boleh berkata-kata,apatah lagi kita manusia yang Allah SWT anugerah dengan berbagai sifat sudah tentu lebih lagi kasih sayang kita samada dengan keluarga kita,sahabat,jiran dan seluruh masyarakat.Hargailah sesiapapun disekeliling kita dan dengan sifat rendahdiri dapat kita keberkatan hidup dunia akhirat.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : nurilyamalek  kredit : ohmymedia




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top