‘Lemang Termahal Di Malaysia DiJual Dengan Harga RM4000’ Ini Sebabnya Lemang Ini Jadi Mahal

KUANTAN  Sebatang lemang panjang yang bersaiz 1.8 meter berjaya dijual pada harga RM4,000 hasil lelongan di Muktamar Tahunan Pas ke -64 di Stadium Tertutup Sukan Pahang (Sukpa) hari ini.

Hasil penjualan lemang itu akan disalurkan kepada cawangan parti Pas kawasan itu yang berhasrat untuk membina markas di Pos Lanai, Cameron Hinglands.

Timbalan Pengerusi Tetap, Kamal Ashaari yang mengendalikan acara itu membuka bidaan pada harga RM200.

Pada lelongan itu, Muslimat Pas hampir berjaya menjadi pembida tertinggi apabila mereka sanggup membayar lemang tersebut pada harga RM3,000.

Bagaimanapun lemang itu menjadi milik Pas Kuala Nerus lebih mahal berbanding Muslimat Pas iaitu RM4,000.

Upacara penyerahan lemang itu disempurnakan oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang.

Sementara itu, Timbalan Yang Dipertua Pas, Cameron Highlands, Wan Mahadir Wan Mahmud, berkata dana yang diperolehi daripada lelongan tersebut akan digunakan bagi menyiapkan markas.

Katanya, selain membiayai aktiviti mereka di Pos Lanai.

Mengulas mengenai lemang itu, Wan Mahadir berkata, lemang tersebut 100 peratus asli dan dibakar selama lebih 10 jam di sini.

“Lemang ini siap dibakar pagi tadi dengan menggunakan 2.5 kilogram beras pulut,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : sinar




Post a Comment

0 Comments