Kronologi Kem4tian 14 Orang Asli Suku Batek,Ini Kisah Sebenar

Satu Berita Dimana Seorang lelaki Orang Asli, 30, meninggal dunia di pondok berhampiran Lombong Bijih Aring 11, Gua Musang

7 Jun 2019

Pihak Polis menerima laporan seorang wanita Orang Asli suku Batek, 21, yang dilaporkan m4ti secara tiba-tiba di Perkampungan Orang Asli Kuala Koh, Gua Musang.

8 Jun 2019

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Taufik Maidin mengesahkan penyakit tibi dan jangkitan kuman di paru-paru atau ‘Pneumonia’ dipercayai punca kem4tian 13 Orang Asli suku kaum Batek di Kuala Koh, Gua Musang.

83 Orang Asli sedang menerima rawatan iaitu 37 sebagai pesakit luar, 32 orang dirawat di Hospital Gua Musang, 10 di Kuala Krai dan seorang kanak-kanak di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) serta tiga lagi di rumah inap kesihatan Orang Asli (RIKA) di Gua Musang.

9 Jun 2019

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy berkata, 14 kem4tian dilaporkan membabitkan penduduk Orang Asli suku Batek, di Kuala Koh, Gua Musang sejak 2 Mei hingga 7 Jun lalu termasuk dua kem4tian dilaporkan akibat radang paru-paru.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji mengadakan tinjauan dan hasilnya mendapati pencemaran air bukit dan anak sungai Lebir dekat Kampung Kuala Koh, dipercayai berpunca daripada aktiviti perlombongan bijih manganese atau keluli, sehingga menyebabkan kem4tian 14 penduduk Orang Asli suku Batek, setakat ini.

KAWASAN tadahan air bukit ini yang menjadi keperluan penduduk Orang Asli Kampung Kuala Koh dipercayai tercemar berikutan aktiviti perlombongan bijih besi. FOTO Ramli Ibrahim

Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan untuk mencari punca kem4tian 14 Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang termasuk menyediakan logistik seperti kenderaan kepada agensi kerajaan untuk menyiasat kes berkenaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata dakwaan kononnya kem4tian 14 Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang, mempunyai kaitan dengan pencemaran kolam yang menjadi sumber air masyarakat itu akan disiasat dengan teliti.

Lebih 100 penduduk Orang Asli suku Batek di Kuala Koh terpaksa berpindah ke kawasan hutan kerana bimbang 14 kem4tian yang berlaku sejak bulan lalu didakwa disebabkan sih4r hitam.

10 Jun 2019

Kerajaan negeri menyangkal dakwaan penyakit dikatakan menyerang penduduk Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang, baru-baru ini, berpunca daripada pencemaran air hasil aktiviti perlombongan di kawasan itu kerana penyakit pneumonia adalah berkaitan udara bukan daripada air.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menasihatkan orang awam supaya tidak masuk ke perkampungan Orang Asli dekat Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan kerana jangkitan kuman di paru-paru mudah merebak.

Kementerian Kesihatan sedia melakukan bed4h siasat ke atas 12 m4yat penduduk Orang Asli suku Batek di Kuala Koh, Gua Musang yang ditanam secara adat masyarakat itu.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kelantan sudah mengambil sampel air dari tiga lokasi di Kampung Kuala Koh, Gua Musang bagi menganalisis tahap pencemarannya.

PENDUDUK Orang Asli yang tinggal di perkampungan sementara selepas melarikan diri daripada penempatan asal akibat kem4tian anggota keluarga mereka di Kuala Koh. FOTO Syamsi Suhaimi

Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) menggesa agensi berkaitan memindahkan semua penduduk Orang Asli suku Batek di Kuala Koh ke lokasi lebih selamat.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata polis akan menjalankan operasi mengesan 12 kubur Orang Asli Kampung Kuala Koh di sini yang dikatakan dikebumikan secara adat suku kaum Batek baru-baru ini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : hmetro

 




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top