“Konon Tak Boleh Angkat Tangan, Elok Je Main Telefon,” Rakan Sekolah Pertahan Cikgu Isu Rotan Viral

Baru-baru ini tular kes seorang pelajar perempuan yang dirotan cikgu kerana memanggil cikgu tersebut ah kua atau pond*n. Akibat dirotan sehingga berbirat di lengan dan peha, ibu pelajar tersebut menyerang guru berkenaan sambil merakam dan memuat naik video tersebut di laman sosial.

Setiap cerita mempunyai sisi yang berlainan. Walaupun agak ramai yang mengecam perbuatan guru tersebut, ramai juga yang tampil menyebelahi tindakan guru itu antaranya rakan pelajar perempuan itu sendiri.

Seorang pengguna di Twitter mendakwa guru tersebut tidak sepatutnya menjadi guru sekiranya tidak dapat mengawal kemarahan. Tweet itu mendapat kecaman daripada pengguna Twitter yang lain termasuk rakan pelajar tersebut.

Adab bermula dari rumah

“Bila dia buat laporan polis, dia nampak gembira. Dia tak pernah fikir apa yang dia lakukan, jadi bagaimana guru nak membimbingnya dengan kasih sayang?

“Mak dia cakap mungkin tangannya patah dan tak boleh diangkat, tapi boleh pula dia main telefon?”

Biar guru ajarkan adab

Mengulas point keempat di atas, penulisnya menambah,

“Kalau mak ayah gagal ajarkan adab, tak ada satu sekolah pun boleh ajar adab kat dia”

Semua pihak ada salah masing-masing

“Ya, cikgu tu salah rotan sampai berbirat. Tapi bagi saya, ibu dia tak patut marah cikgu di hadapan pelajar tu. Sebaliknya perlu berbincang secara peribadi. Jika begini, pelajar tu akan fikir dia ‘menang’ dan tak akan hormat guru-guru sebab dia tahu ibunya akan sentiasa bela dia.”

Sumber: Twitter




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top