‘Kisah Syuib Beli Motor Baru Tapi Minta Izin Isteri’ Netizen Tuduh Shuib Takut Isteri Tapi Ini Ulasan Padu Dari Mufti Pulau Pinang

SHAH ALAM Sesungghnya tidaklah menjadi satu kesalahan di sisi agama Islam jika suami meminta kebenaran atau berbincang dengan isterinya dalam membuat apa-apa keputusan.Siti Sarah sendiri tidak menyangka isu tentang motor menjadi isu besar seperti dalam IG kapsyennya.

Tak sangka pulak citer mintak izin isteri utk beli motor jadi isu yg besar. Yg peliknya, ramai lelaki meganggap berterus terang dgn isteri atau menghormati isteri adalah sesuatu yg d4yus.Alhamdulillah saya bersyukur pada Allah kerana pinjamkan saya seorang suami yg baik dan bertanggungjawab walhal dia boleh beli lebih dari moto tanpa bertanya pun pada saya. Yang saya tak faham, lelaki-lelaki ni menganggap menipu isteri tu lebih berani dari berterus terang yang dianggap d4yus. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa mereka sekiranya kata-kata mereka meyakiti suami ku.Amin

Namun Akhirnya Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor telah terpanggil untuk menghuraikan kisah ini dan belaiau berkata, kedudukan suami selaku ketua keluarga tidak bererti dia harus membelakangi isterinya dalam menentukan haluan dan corak kehidupan yang ditempuh bersama.

Menurut Wan Salim, pasangan suami isteri merupakan rakan kongsi yang mempunyai hak dan kewajipan bertimbal balik untuk memastikan kehidupan sentiasa diliputi suasana harmoni dan bahagia.

“Justeru, pengurusan sebuah rumahtangga mesti didasarkan di atas sikap pemuafakatan dan saling merelai antara pasangan terbabit.

“Ini bererti bahawa kedudukan suami selaku ketua keluarga tidak seharusnya menghalang pasangan berbincang dan membuat keputusan bersama untuk kepentingan keluarga dan mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dan kemesraan antara kedua-duanya,” katanya kepada Sinar Harian.

Netizen menggelar pelawak popular, Shuib Sepahtu sebagai ‘suami takut isteri’ selepas meminta izin isterinya, Siti Sarah Raissuddin untuk membeli motosikal.

Beliau berkata demikian ketika menjawab isu netizen menggelar pelawak popular, Shuib Sepahtu sebagai suami d4yus selepas meminta izin isterinya, Siti Sarah Raissuddin untuk membeli motosikal.

Ada netizen yang meninggalkan komen di Instagram Siti Sarah yang memberi pandangan bahawa tidak wajar bagi suami memohon kebenaran sedangkan lelaki adalah ketua keluarga dan menanggung dos4 isteri.

“Ini tidak wajar disifatkan sebagai d4yus. Sebaliknya ini adalah tindakan terpuji dan sikap mulia yang mesti disanjung dan dihargai,” kata Wan Salim.

Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, Islam adalah agama yang merestui semangat demokrasi dalam segala lapangan kehidupan, keluarga, sosial dan negara.

“Sikap permuafakatan memerlukan saling bertukar pandangan antara sesama ahli sesebuah perkongsian atau institusi,” katanya.

Semoga dengan penerangan dari ahli ugama seperti dari Mufti Pulau Pinang ini dapat menghuraikan kemelut kisah Shuib dan Siti Sarah amnya tapi pada hakikatnya satu penerangan yang cukup baik agar semua kaum Muslimin dan Muslimat faham tanggungjawab sebenar antara suami dan isteri.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : sinarharian




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top