Kesian, Niat Nak Cari Duit Lebih Memandu GRAB, Tapi Dapat Pula Pelanggan Macam Ni

Isu keselamatan pemandu grab car sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan. Demi mencari rezeki tambahan, ramai melihat sektor e-hailing mampu menjana pendapatan yang berpatutan.

Namun begitu risiko yang terpaksa dihadapi kadang kala tidak berbaloi. Dengan berlakunya beberapa kes samn yang berlaku terhadap pemandu grab car ini kadang kala menjadikan perkerjaan ini bukanlah pilihan yang mampu menjamin keselamatan.

Semalam heboh sebuah video yang dikongsikan oleh seorang wanita yang juga pemandu grab car di laman sosial.

Dimaklumkan bahawa lebih kurang jam 3.00 petang, wanita tersebut telah menerima tempahan untuk menghantar seorang penumpang lelaki berbangsa India ke lokasi yang diminta.

Sebaik sahaja tiba dilokasi, lelaki tersebut kelihatan berdolak dalih untuk membayar tambang dengan memberi alasan beliau ingin menyemak alamat yang diberikan kenalannya terlebih dahulu.

Kelibat dan gerak geri lelaki India tersebut telah dirakam melalui dashcam yang dipasang didalam kenderaan tersebut namun lelaki tersebut tidak menyedarinya.

Cuba berpura-pura untuk keluar untuk menyemak lokasi dan alamat yang diberikan, beliau kelihatan cuba meyakinkan pemandu grab car tersebut dengan menyatakan bahawa beliau akan membayar tambang dahulu dan ia kelihatan agak meyakinkan.

Sebaik masuk semula ke kenderaan wanita tersebut, beliau lantas mencapai handphone pemilik kenderaan dan membuka langkah seribu untuk melarikan diri.

Agak terperanjat dengan kejadian yang berlaku, wanita tersebut hanya mampu melihat kelibat lelaki tersebut melarikan diri bersama handphonenya. Susulan itu beliau mengalami kerugian yang dianggarkan lebih kurang RM2500 akibat kehilangan telefon bimbit.

Video yang mendapat pelbagai respond daripada penonton lantas dikongsi oleh warganet dan menerima pelbagai komen yang mengcam tindakan tidak bertanggungjawab lelaki tersebut.

Rata-rata menyatakan bahawa pekerjaan membawa kenderaan e-hailing tidak sesuai dilakukan oleh golongan wanita kerana ia agak merbahaya dan mampu mengancam keselamatan.

Tidak kurang juga ada yang bersimpati dengan nasib wanita tersebut yang berusaha bekerja untuk mendapatkan wang namun diambil kesempatan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Wajah lelaki tersebut jelas terpapar di dalam rakaman yang ditularkan. Jika ada sesiapa yang mengenali lelaki tersebut, sila laporkan kepada pihak berkuasa agar beliau menerima hukuman yang setimpal.

Kepada pemandu e-hailing, sila berhati-hati semasa memilih pelanggan. Jika perlu minta penumpang untuk duduk di ruangan belakang bagi menjamin keselamatan.

Ape la perangai

Posted by kerepektempe.com on Tuesday, June 4, 2019

The post Kesian, Niat Nak Cari Duit Lebih Memandu GRAB, Tapi Dapat Pula Pelanggan Macam Ni appeared first on Lubok Viral.




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top