‘Kenyataan Fizo Omar Kali Ini Sudah Ada Bayangan’ Ini Luahan Hatinya Yang Sebenar

“APA saja keputusan mahkamah nanti, saya terima dan memaafkan semua pihak. Doakan semoga kami dapat penyelesaian yang terbaik. Saya percaya perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita sebagai hamba-Nya,” kata pelakon Fizo Omar, 34, mengulas mengenai kemelut rumah tangga dengan isterinya, Mawar Abdul Karim, 30, yang heboh diperkatakan ketika ini.
Fizo yang menulis kenyataan itu menerusi Facebook berkata, walau apa yang berlaku dalam rumah tangga mereka, hubungannya dengan Mawar tetap baik.

“Insya-Allah, hubungan saya dan Mawar akan terus baik demi membesarkan dan mendidik anak tunggal kami, Wan Maryam yang sudah dinantikan selama empat tahun.

“Apapun yang terjadi, Mawar tetap ibu kepada anak kami, Wan Maryam dan semoga Allah memberkati Mawar dan saya sentiasa doakan yang terbaik buat semua,” tulisnya.

Kenyataan Fizo seolah-olah memberi bayangan mereka akan bercerai, namun pelakon itu tetap dengan pendiriannya tidak mahu mengulas mengenai permasalahan sebenar dalam rumah tangga mereka.

“Saya memohon maaf kepada semua rakan media, kawan-kawan dan peminat yang prihatin serta bertanya khabar mengenai cabaran dihadapi dalam rumah tangga saya dan Mawar.

“Buat masa ini, saya tidak dapat nak menjawab segala persoalan rakan-rakan mahupun media yang bertalu-talu itu. Tidak dapat dinafikan rumah tangga saya berdepan sedikit cabaran seperti mana yang diketahui semua. Saya amat berharap terutama pihak media dan netizen dapat bersabar dan memahami situasi kami,” katanya.

Fizo berkata, dia sangat berharap semua pihak dapat memberikan mereka ruang untuk menyelesaikan masalah itu sebaik mungkin.

Menurut Fizo, sesiapa saja yang mendirikan rumah tangga pasti mempunyai impian untuk hidup bahagia dan mempertahankannya hingga ke Syurga.

“Namun, apabila sampai waktunya kita dipilih Allah untuk diuji bermaksud kita mampu untuk menghadapinya dan percaya, Allah tidak pernah zalim kepada hamba-Nya. Mungkin setiap kejadian yang berlaku nampak buruk di mata manusia tetapi tidak di sisi Allah.

“Setiap yang berlaku mesti datangnya bersama hikmah dan ia bergantung kepada kita yang menerimanya. Sekiranya, kita memandang ke arah positif dan hasilnya juga positif begitu juga sebaliknya,” katanya.

Pada masa sama, Fizo turut mengucapkan terima kasih buat semua yang mendoakan yang baik-baik dan memberikan kata-kata semangat padanya.

“Saya juga memaafkan segala komen mahupun fitnah yang dilemparkan netizen kerana mereka tidak tahu kisah sebenar,” katanya.

Perkongsian Fizo itu mendapat perhatian daripada pengikutnya di Facebook sekali gus mendoakan yang terbaik buat rumah tangganya dan Mawar.

Fizo dalam kenyataannya kepada Harian Metro sebelum ini mengakui rumah tangganya berdepan kemelut tetapi menafikan ia berpunca daripada orang ketiga.

Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam, 2.

Komen-komen Netizen

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top