‘Jarang Aaron Aziz Kongsi Kisah Bapa Tirinya’ Ini Luahan Pelakon Ini Buat Ramat Terkedu

Pelakon, Aaron Aziz ada berkongsi rasa syukur dan terharu atas kasih sayang yang dicurahkan bapa tirinya, Abdullah Md Dawood yang disifatkannya sebagai seorang yang baik, adik dan saksama.
Biarpun tidak dibesarkan oleh bapa kandung, pelakon Datuk Aaron Aziz mengakui tersentuh dengan kasih sayang yang dicurahkan bapa tirinya, Abdullah Md Dawood.

Dedah Aaron, selepas ditinggalkan oleh bapa kandungnya ketika masih kecil, dia tetap berbangga dididik dan dibesarkan oleh bapa tirinya biar tiada pertalian darah.

“Bagi saya individu yang sentiasa membuatkan saya tersentuh ialah seseorang yang sentiasa memberikan yang terbaik tanpa meminta balasan.

“Bapa tiri saya, Abdullah Md Dawood merupakan insan yang dimaksudkan itu.

“Dialah satu-satunya figura bapa yang saya kenal sejak bapa kandung saya tinggalkan saya sejak kecil,” kongsi Aaron menerusi entri di Instagramnya.

Aaron Aziz Amat Bersyukur Mempunyai Ayah Seperti Abdullah Md Dawood

Malah, bapa tirinya juga menjadi individu yang sentiasa membuatkannya gembira.

  “Dia satu-satuya individu yang sentiasa memastikan ibu rasa gembira, bertanggungjawab dan memainkan peranan dengan adil saksama. Dia menjaga saya dan tiga beradik lain,” tulisnya menerusi Instagram.

Pada masa sama, pelakon Patah Sayap Bertongkat Paruh ini juga turut memberitahu meski adik-beradik tidak ‘berbinkan’ namanya, namun dia masih setia menjaga keluarga dengan baik.

“Dia melayan kami adik-beradik seperti anak kandungnya sendiri dan sampai ke hari ini dia tiada langsung anak yang berbinkan namanya.” Dia sentiasa menyayangi kami tanpa pernah meminta balasan,” tambahnya.

Perkongsian Aaron turut mendapat respon daripada bapa tirinya yang menganggap cucu-cucunya adalah hadiah tidak ternilai dalam hidupnya.

“Terima kasih anakku. Sudah menjadi tanggungjawab saya untuk melihat anak-anak saya terus gembira.

“Anda semua telah berikan saya hadiah tak ternilai dalam hidup iaitu cucu-cucu saya semua,” tulis Abdullah.

Aaron bersama isteri dan anak-anaknya

Status yang menyentuh hati itu turut membuka mata orang ramai agar sentiasa menyayangi satu sama lain tanpa perlu membeza-bezakan status atau pertalian darah.

Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memberikan reaksi positif rerhadap apa yang dikongsi Aaron.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

Foto : Instagram Aaron Aziz kredit : gempak




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top