‘Ini Yang Mula Dilakukan Datuk Afdlin Shauki Bila Adiknya Kemal4ngan’ Inilah Pengorbanan Seorang Abang

Sesiapapun apabila berlaku sesuatu masalah pada salah satu ahli keluarga,sememangnya ada kalangan ahli keluarga akan menolong sebaik mungkin dan begitulah yang terjadi pada Datuk Afdlin Shauki yang cuba sedaya upaya membuat yang terbaik pada adiknya yang ditimpa kemalangan dimana dalam intagramnya bertanya tentang neuro surgeon yang terbaik untuk adiknya Jefri Adzman.

Dalam kapsyennya

Assalammualaikum, good evening guys kalau ada kenal top neuro surgeon mana-mana mintak pm number pasal saya perlukan second opinion.Harap maklum jika kenal sesiapa kerana perlukan bantuan pendapat utk kecerderaan adik saya. Jefri adzman bin aksan. Tq.

PADA satu entri di Instagram lagi,  PELAKON Datuk Afdlin Shauki  telah memberitahu adiknya, Jefri Adzman Aksan mengalami pendarahan otak selepas terlibat dalam kemalangan pada Ahad lepas. Afdlin atau nama sebenarnya Afdlin Shauki Aksan, 48, memohon orang ramai mendoakan adiknya selamat menjalani pembedahan pada pukul 6.30 petang.

“Ya Allah kau selamatkanlah adik aku Jefri yang baru sahaja ditimpa kemalangan tadi. Dia akan masuk ke pembedahan pukul 6.30 petang ini untuk membuat pembedahan di otaknya.

“Dia adalah adik yang terbaik yang mana-mana abang akan ada. Tolong selamatkan beliau, orang baik ini dan pulihkanlah dia seperti sediakala.

“Aku hambamu yang hin4 memohon padamu ya Allah,Selamatkanlah beliau” kata Adflin menerusi laman Instagramnya.

Rata-rata pengikut di laman sosial Afdlin turut mendoakan agar adiknya selamat menjalani pembedahan.

Dalam pada itu, Afdlin turut meminta rakan-rakan serta saudara-mara mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan adiknya pulih seperti sediakala.

“Kepada semua kawan-kawan dan saudara-mara, tolonglah doakan beliau pulih seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan.

“Jef kena kuat,Awak boleh lakukan dik,Awak kuat,Kuat daripada saya,Tolong doakan sahabat” ujarnya.

Mari kita panjat doa pada Allah SWT agar adik Datuk Afdlin Shauki segera sembuh dan kembali seperti biasa,In Sha Allah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : astroawanai,IG Afdlin Syauki




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top