Ini Kata-kata Terakhir Dari Ibu Ayah Ainul Mardhiah, Adik Ainul Mardhiah Akan DiBedah Tidak Lama Lagi

KELUARGA bayi perempuan penghidap kanser mulut ‘Germ Cell Tumor’ yang kini dirawat di hospital kanak-kanak di London, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin sudah dimaklumkan pihak hospital mengenai risiko pembedahan berkenaan.

Bapanya, Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, berkata doktor pakar yang akan membuat pembedahan memaklumkan kepada beliau pembedahan berkenaan sangat berisiko tinggi.

Beliau berkata, sebelum pembedahan, pelbagai faktor perlu mereka teliti kerana terlalu berisiko kepada bayi istimewa berkenaan.

renungan kasih seorang ayah

Katanya, pasukan perubatan yang melakukan pembedahan mahu anaknya betul-betul bersedia sebelum menjalani pembedahan secara besar-besaran yang mengambil masa panjang.

“Ainul sah akan dibedah tidak lama lagi, cuma sekarang mereka di sini mahu Ainul besar dan kuat sikit dulu dan selamat tanpa sebarang komplikasi.

“Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) pun sudah buat, doktor pakar pun sudah berbincang dan selepas mereka teliti keadaannya dan bincang kaedah pembedahannya, mereka sebulat suara memutuskan pembedahan akan dijalankan,” katanya menerusi Facebooknya, malam ini.

Ahmad Safiuddin berkata, beliau dan isterinya, Nurul Erwani Zaidi berharap semua pihak dapat bersabar dan membantu mereka mendoakan terbaik untuk anaknya.

Katanya, mereka yakin dengan kekuasaan Allah dan dewan bedah akan dipenuhi malaikat yang menjaga anaknya dan Allah akan berikan ilham kepada pakar perubatan yang merawatnya.

“Insya-Allah, Allah itu sentiasa ada. Allah ada dengan Ainul, kami dan kita semua dan mudah-mudahan puteri kesayangan kami selamat menjalani pembedahan.

“Allah yang gerakkan hati manusia. ilmu perubatan adalah ilmu daripada Allah dan kami sangat yakin, bila tiba hari pembedahan nanti, Allah pasti akan turunkan bantuannya bersama Ainul,” katanya.

Semoga Allah SWT permudahkan dan Sesungguhnya Allah SWT Amat Berkuasa dan PadaNya Kita Berserah,InshaAllah Adik Ainul Mardhiah akan sembuh.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top