‘Hilang RM200,000’ Ada Kaitan Dengan Orang Terdekat,Ini Penjelasan Sebenar Dari A Aida

BAHARU sahaja dihimpit masalah rumah tangga hingga membawa kepada percer4ian, penerbit Datuk A Aida berkata dia kini mengalami kerugian sebanyak RM200,000 apabila wang dalam bentuk pelaburan miliknya dikebas seseorang.
Susulan itu A Aida memberitahu dia membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan pada Jumaat lalu.
Menurut sumber kes berkenaan melibatkan individu yang pernah rapat dengannya.

“Tak nak komen banyak tapi memang betul, saya dah buat laporan polis.

“Saya tak mahu komen banyak, biar pihak polis yang jalankan siasatan,” katanya kepada mStar.

A Aida Berharap Polis Dapat Menjalankan Siasatan Dengan Segera

Namun Begitu Pelakon dan penerbit, Datuk A. Aida tidak memberikan sebarang penjelasan adakah kehilangan wang sebanyak RM200,000 dalam akaun peribadinya ada kaitan dengan bekas suaminya yang baru-baru ini.

“Terlibat atau tidak, saya serahkan segalanya kepada polis. Saya tidak boleh beri sebarang komen mengenai siapa dalang di sebalik kehilangan wang tersebut.

“Laporan polis sudah dibuat pada 21 Jun lalu dan menyerahkan segalanya kepada pihak berwajib untuk melakukan siasatan lanjut,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Bukit Indah, Ampang.

Difahamkan, A. Aida menyedari kehilangan wang tersebut sebaik pulang dari bercuti di Mesir dan sejurus selepas itu, rumah tangganya mula berantakan sebelum bercerai sebulan kemudian.

Dia memaklumkan tentang hal tersebut ketika ditemui sewaktu majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran syarikat produksinya, A. Aida Productions di Wisma Sri Rampai hari ini.

Dia ditemui pada majlis rumah terbuka A. Aida Productions di Wisma Rampai, Kuala Lumpur pada Rabu.

Ditanya mengenai identiti sebenar individu terbabit, A Aida enggan memberikan sebarang komen.

“Saya tak mahu komen. Saya serahkan semuanya kepada pihak polis untuk siasatan.

“Saya dah buat laporan dekat Balai Polis Bukit Indah, Ampang Jumaat lepas. Sekarang dalam siasatan,” katanya.

Bagaimanapun menurut A Aida, dia menyedari kehilangan wang itu sebaik pulang dari Mesir pada 1 Mac lalu.

“Saya mula sedar mengenai kehilangan itu ketika balik bercuti dari Mesir pada 1 Mac lalu.

“Jumlah kehilangan adalah sebanyak RM200,000 dan transaksi wang itu dilakukan sebanyak dua kali,” ujarnya.

Ujar A. Aida, dia berharap pihak polis dapat menangkap individu itu dan menyumbatnya dalam penjara jika didapati bersalah.

Pada 18 Jun lalu, A Aida membuat kejutan apabila dia mengumumkan sudah bercerai talak satu dengan Ariff Aziz yang dilafazkan pemuda itu pada 25 April lalu.

Video

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : Mstar dan mhetv.com




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top