‘Hati Orang Kita Tidak Boleh Paksa’ Kuruskan Badan Dari Saiz XXL Jadi Slim Tapi Cinta Tetap DiTolak

Kesungguhan mahu TRANSFORMASI , seorang jejaka yang berjaya menguruskan badan ternyata menarik perhatian ramai.
Dikongsi menerusi Twitter, hasrat Ahmad Zikri Mohamad Nasir, 20, yang mahu meluahkan perasaannya kepada seorang gadis turut melatari kisah itu.
“Dulu aku malu nak confess dekat crush. Tapi bila sekarang ni dah kurus aku dah berani sikit nak ,” tulisnya sehingga menerima hampir 10,000 ulang kicau (retweet).

Menerusi beberapa siri perkongsian lagi, dia yang mesra disapa Zikri turut memuat naik paparan skrin mesej yang dihantar kepada gadis berkenaan.

Biarpun menerima jawapan menghampakan, penuntut Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Pagoh, Johor itu mengakui menerima keputusan berkenaan dengan hati terbuka.

Zikri merupakan penuntut di UTHM kampus Pagoh,Johor

“Saya kenal dia di UTHM sekitar setahun lalu. Walaupun jawapan tak seperti diharapkan, kami tetap berkawan. Kecewa tu mesti ada. Tapi hati orang kita tak boleh paksa. Kena terimalah lumrah hidup.

“Saya cuma nak cakap, terima kasih jadi salah satu inspirasi saya untuk kurus. Mungkin hari ni dia tolak saya, siapa tahu nanti dia terima.

“Tapi kita kena teruskan hidup, baru sekali kena tolak. Saya masih ada harapan untuk dia, tapi kalau tak ada jodoh, saya move on,” katanya sewaktu dihubungi mStar pada Jumaat.

Bercerita lanjut mengenai proses transformasi berkenaan, Zikri berkata, dia mengambil masa sekitar tujuh bulan untuk mendapatkan berat badan idaman.

Menerusi proses diet dan senaman yang dimulakan selepas sambutan hari raya Aidilfitri tahun lalu, Zikri berjaya menurunkan berat badan dari 120 kilogram (kg) kepada 63 kg.

“Pada saya, 80 peratus terletak pada diet, lagi 20 peratus kita bersenam. Saya memang elakkan makan nasi, mee dan roti. Saya juga kurangkan pengambilan benda manis.

“Saya amalkan senaman seperti joging, seminggu tiga kali. Sebenarnya agak sukar sebab dah gemuk dari kecil, tapi dengan keazaman tinggi akhirnya saya berjaya capai berat sekarang,” kata Zikri.

Tambah Zikri, banyak cabaran yang perlu dilalui oleh individu yang mempunyai masalah obesiti.

Selain kurang keyakinan diri, mereka juga mempunyai masalah kesihatan seperti kadar kolestrol tinggi, diabetes, penyakit jantung dan banyak lagi.

“Saya nak bantu orang di luar sana dapatkan badan yang sihat. Bila kita gemuk, ramai orang tak suka.

“Nak buat aktiviti pun lambat, ada masalah bau badan dan sebagainya. Saya pun memang gemuk dari usia muda lagi.

“Masalah kolestrol pun saya ada tapi sekarang dah baik. Saya pun tak sangka posting saya viral, tapi saya seronok nak bantu individu obesiti di luar sana untuk kuruskan badan mereka,” katanya lagi.

Dalam pada itu, rata-rata netizen turut meninggalkan komen menyokong usaha Zikri menerusi ruangan balas posting berkenaan.

Zikri sewaktu masih obesiti suatu ketika dahulu

“Adik kena feel good about yourself. Bukan sebab nak impress crush K,” tulis penyanyi Adibah Noor.

Zikri turut memberi respons terhadap komen yang ditinggalkan penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu.

“Tq (thank you) kak atas nasihat,” tulisnya ringkas.

Netizen lain turut meninggalkan komen menerusi posting itu.

“Bro hang relax je. Walaupun hang tak dapat dia, hang dapat badan fit and healthy. Abaikan apa orang malas exercise kata,” tulis  ikxnx.

“InsyaAlla bro. Satu hari nanti akan hadir bidadari untuk kau. Just teruskan hidup kau macam biasa. Life must go on,” tulis seorang lagi pelayar Twitter.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

Sumber : mstar




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top