‘Guru Tidak Sepatutnya Rot4n Pelajar Perempuan’ Eksklusif Dari Timbalan Menteri Pendidikan

KUALA LUMPUR Guru tidak seharusnya merotan pelajar perempuan terutamanya di bahagian badan yang tidak sepatutnya.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, larangan itu tertakluk pada ketetapan yang dibuat Kementerian Pendidikan menerusi garis panduan dalam pengurusan disiplin dan kuasa merotan murid di dalam Peraturan 5, Ordinan Pelajaran 1957.
“Hukuman rotan adalah tidak dibenarkan untuk murid perempuan dan hukuman kepada murid lelaki adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan yang ringan di tapak tangan atau di punggung yang berlapik dengan pakaian di bawah kuasa guru besar,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa.
Nie Ching berkata demikian ketika ditanya mengenai kewajaran tindakan seorang guru yang telah merotan di beberapa bahagian badan seorang pelajar perempuan kerana berkelakuan biadap di sebuah sekolah menengah di Skudai, Johor baru-baru ini.

Sebelum ini, tersebar video berdurasi dua minit 28 saat yang menunjukkan seorang wanita meminta penjelasan daripada seorang guru lelaki ekoran anak perempuannya dirotan.

Difahamkan, guru lelaki berkenaan merotan murid perempuan itu disebabkan dia bersikap kurang ajar dengan menggelarkan cikgu berkenaan sebagai ‘pondan’.

Dalam pada itu, Nie Ching berkata, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Johor Bahru dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor akan menjalankan penyiasatan mengenai kes berkenaan dengan kerjasama pihak polis.

“Saya yakin perkara ini akan dapat diselesaikan dengan baik dan saya juga ingin memohon agar semua pihak dapat bertenang dan memberi ruang kepada Jabatan Pendidikan Johor dan pihak polis untuk menjalankan siasatan sewajarnya,” jelas beliau.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Kulai itu berkata, ibu bapa dan guru perlu memainkan peranan menerapkan elemen budaya kebahagiaan, kasih sayang dan saling hormat-menghormati seperti yang sering diperkatakan oleh Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : astroawani




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top