‘Doa Mohd Fadzli Termakbul’ Danial Tan DiBebaskan dan Dapat Sambut Raya Bersama Anak-anak,Inilah Keputusan Mahkamah Sebenarnya

Danial Tan Abdullah atau Abang Bot4k yang dihuk4m penj4ra 12 bulan kerana melakukan khian4t dengan memecahkan cermin sebuah kereta menggunakan topi keledar hanya sempat bermalam enam hari di penjara sebelum dia dibebaskan sementara daripada menjalani hukum4n tersebut.

Ia berikutan Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan permohonan penangguhan pelaksanaan hukum4n itu, lapor Sinar Harian.

Hasil semakan, pendengaran permohonan itu berlangsung di hadapan Majistret Nur Shahira Abdul Salim, Jumaat lalu.

Mahkamah menetapkan RM6,000 sebagai jaminan dan memerintah Abang Bot4k atau nama sebenarnya Danial Tan Abdullah melaporkan diri dua kali setiap bulan di balai polis berdekatan.

Sementara itu, semakan juga mendapati, Danial, 31, turut memfailkan semakan terhadap hukuman penj4ra 12 bulan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Jun lalu.

Peguam yang mewakili Danial, Nur Rafiuddin Maswari mengesahkan perkara tersebut.

Pada 31 Mei lalu, mahkamah menjatuhi hukum4n itu selepas Danial yang bekerja sebagai pembantu stor kilang mengaku bersalah memecahkan cermin hadapan kereta Perodua Axia milik Siew Chean Voon, 58.

Keputusan itu menyebabkan dia terpaksa dihantar ke penjara kerana tidak membuat permohonan penangguhan perlaksanaan hukuman.

Terdahulu, tvlar video di laman sosial mengenai kejadian tersebut dan polis berjaya memberkasnya.Namun begitu ada juga insan yang bersimpati dengan nasib abang bot4k dan sanggup untuk menukar cermin kereta proton Alza kepunyaan Siew Chan Voon dan memohon membebaskan abang bot4k dan agar perbuatan tersebut tidak akan berulang.

Mohd Fadzli Ramli turut mengakui perbuatan Danial adalah salah, namun dia berasa kasihan apabila mengenangkan anak dan isteri Danial bakal beraya tanpa ayah di sisi. Malah, ini adalah kesalahan pertama Danial.

Mohd Fadzli Ramli salah seorang insan yang ingin membantu dan bersimpati dengan nasib Danial Tan Abdullah.

Dengan mendapat keputusan mahkamah ini sedikit sebanyak memberi kelegaan pada sesiapa yang bersimpati dengan abang bot4k terutama Mohd Fadzli dan kita doakan abang bot4k kembali insaf dan sedar akan kesalahannya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

Sumber: Sinar Harian / Astro Awani




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top