Dibahan warganet kerana masak asam laksa tak di blendnya tulang ikan itu

Perlakon Yang tidak asing lagi di malaysia datin paduka Eina azman dilihat baru sahaja berkongsi resepi itu menerusi sebuah video di entri terbaru IGnya.

Kinii dah menjadi adat apa yang kita kongsikan tidak semua orang suka atau mendapat maklum balas positif. Meskipun dengan niat untuk berkongsi perkara baik atau bermanfaat, selalunya sedikit kekurangan yang ada itu yang menjadi tumpuan, bukan kebaikan secara keseluruhan.

baru baru ini Datin Paduka Eina Azman telah berkongsi resipi masakan beliau di Instagram. Apa yang menjadi tumpuan warganet adalah bukan kerana kelazatan masakan Resipi Asam Laksa beliau tetapi kerana cara masakan pelakon itu yang dipertikai oleh segelintir warganet.

”Alhamdulillah done cooking Asam Laksa,” tulis Eina ringkas sebagai kapsyen.

Walaubagaimanapun netizen tetap mempersoalkan tentang cara masakan ikan dalam Asam Laksa tersebut. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempertikaikan cara Eina dan menganggap dia tidak membuang tulang ikan serta tidak merebusnya terlebih dahulu.

Ikan tu memang tak rebus ke Datin Eina, blend macam tu je ke.

DP ( Datin Paduka), nak tanya, ikan tu masuk sekali tulang ke? Ke DP dah asing tulang?

Ni kalau makan mesti terasa kesat-kesat kalau blend tak halus, seeloknya rebus dulu, asingkan antara isi dan tulang, tulis netizen.

Tidak berdiam diri, Eina membalas beberapa komen netizen terbabit.

Boleh je makan, Insya-Allah tak mati tercekik, saya masak saya tau,balasnya.

Sementara itu rata-rata warganet turut sama berkongsi pengalaman memasak resipi seakan sama yang dimasak oleh Eina Azman itu. Mungkin mahu memberitahu, meskipun resipinya sama namun cara masakan setiap individu pastinya berbeza. Sebab itu orang selalu sebut perkataan ‘air tangan’. Pernah dengar kan..

”Sy suka kalau blend ngan tulang bagai.. Isi perut tu jerr masuk tong sampah.. Very simple.. Dah blend bagai kasi lumat.. Cfm laaa tak akan tercekik.. Nama pun rebus.. Cfm la lemak berkrim kuah nya.. I like ur style masak simple n yummyyy happyyy tummmyyyy..”, tulis seorang netizen

”Pernah buat tapi mcm x jadi. Bila letak bunga kantan tu dia mcm potong je rasa.. Sebab selalu masak laksa x letak bunga kantan. Tapi bila makan kat kedai sedap je yg ade bunga kantan.. Hurm..”, tulis netizen nama Nurfiqa

Pandai masak salah, tak pandai masak lagi lah salah. Jika anda masih ingat Elfira Loy dulu pernah kena ‘bahan’ sebab tak pandai siang ikan.

Waktu itu Elfira ada berkongsikan video di Insta Story menunjukkan suaminya, Faris Khairol Anuar sedang menyiang ikan. Namun apa yang menjadi perhatian adalah kapsyen video tersebut dimana Elfira mengakui bahawa dia tidak tahu cara untuk siang ikan.

Buat datin paduka…admin ucapkan tahniah kerana datin paduka masih sempat ke dapur untuk memasak..al maklum laa..kalo org lain tuu dgn pangkat yg ada tuu mmg dah tak kedapur dah..huhuhhuuhhu..

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih .Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @lubokviral untuk dapatkan lebih banyak cerita menarik dari kami.

Resipi Asam Laksa Datin Paduka Eina Azman

Resipi Asam Laksa Datin Paduka Eina Azman

Posted by Resipi Viral Malaysia on Saturday, June 29, 2019

Sumber asiakini




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top