”Dia Tak Pernah Langsung Menangis Selepas Bertanding, Tapi Air Mata Dia Jatuh Di Akhir Perjuangannya” – Penyokong

Sebentar tadi, Dato’ Lee Chong Wei, nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada seluruh rakyat Malaysia mengumumkan persaraannya daripada arena badminton negara. Selepas lebih kurang 19 tahun beraksi, ternyata berita duka tersebut menyentuh emosi ramai.

Namun apa yang lebih menghibakan netizen, apabila melihat gugurnya air mata seorang wira negara. Melalui sidang media khas bersama Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Presiden BAM, Dato’ Sri Norza Zakaria di Menara KBS, Chong Wei dilihat tidak dapat menahan air matanya daripada gugur.

Situasi itu merupakan perkara yang jarang atau tidak pernah dilihat sebelum ini di mana-mana kejohanan yang disertainya walau dalam keadaan kalah atau menang. Tetapi, dia tewas daripada mengawal emosi kali ini kerana di sini lah pengakhiran kepada jatuh bangun kerjaya sebagai jaguh badminton negara selama 19 tahun.

”Lee Chong Wei sekali pun tidak pernah menangis di akhir kejohanan kerana dia akan mencuba melakukan yang terbaik pada masa akan datang, namun dia menangis di sini, di akhir perjuangannya kerana tiada lagi kejohanan selepas ini.

”Kerja kerasnya akan memberi inspirasi kepada pemain muda. Badminton tidak akan pernah sama selepas ini, semoga berjaya lagenda.”

”You are Malaysia Hero”

Mengimbas semula rekod penglibatannya, Chong Wei pernah memegang ranking nombor satu dunia selama beberapa tahun dengan memenangi hampir kesemua kejohanan utama badminton dunia termasuklah Kejohanan Seluruh England selain hampir menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik sebanyak tiga kali iaitu pada 2008, 2012 dan 2016.

Secara keseluruhannya, Dato’ Lee Chong Wei telah memenangi sebanyak 69 kejohanan sekaligus menjadikan beliau pemain badminton paling berjaya sepanjang zaman.

Namun, pada tahun lepas, ketika beliau masih boleh beraksi dengan baik, kita dikejutkan dengan berita mengenai Dato’ Lee Chong Wei telah disahkan menghidapi kanser hidung pada Julai.

Selepas itu, status kerjaya badminton beliau telah menjadi persoalan ramai terutamanya peminat badminton tanahair. Nampaknya, dengan pengumuman yang dibuat ini, ia telah menjawab segala persoalan yang berlegar di kalangan para peminat.

Sumber: Video Stadium Astro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top