Danial Tan dibebaskan dengan jaminan RM6,000, sementara menunggu permohonan semakan hukuman penjara 12 tahun


Penunggang motosikal yang didakwa memecahkan cermin depan sebuah kenderaan kerana berang dihon, dibebaskan dengan jaminan Jumaat lalu. 

Danial Tan Abdullah dibebaskan sementara menunggu permohonan semakan terhadap hukuman penjara 12 bulan yang dikenakan terhadapnya didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam. 

31 Mei lalu, Danial dijatuhkan hukuman penjara 12 bulan selepas mengaku bersalah di atas pertuduhan tersebut. 

Difahamkan, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM6,000 dan dikehendaki melaporkan diri ke balai polis berdekatan dua kali setiap bulan. 

Tertuduh telah memfailkan permohonan semakan terhadap hukuman penjara dikenakan terhadapnya di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 3 Jun lalu.

Sumber: Harian Metro

LAPORAN BERKAITAN



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top