‘Bila Fizo Tahu Mawar Sudah Mendapat Nasihat Peguam’ Baru Dia Tahu Perkara Ini Semakin Serius

Apabila kemelut rumah tangga Fizo Omar dan isterinya Mawar Abdul Karim makin hangat, Fizo akhirnya membuka mulut menerusi media yang dan menafikan bahawa masalah rumah tangganya berpunca daripada orang ketiga.
Dakwanya, pada mulanya masalah yang dihadapi tidak begitu serius dan sudah berbincang secara baik pada Ramadan lalu.

“Saya tidak menyalahkan Mawar atau mahu mengaibkan sesiapa pun atas apa yang berlaku. Apa yang berlaku adalah ujian Allah untuk menguji keimanan hamba-Nya.

“Saya berdoa Allah kurniakan penyelesaian terbaik dalam rumah tangga kami. Seandainya Dia sudah tentukan perpisahan adalah yang terbaik buat kami, saya reda dengan ketentuan-Nya.

“Namun, apabila saya dapat tahu Mawar sudah mendapat nasihat daripada peguam, saya tahu perkara ini sudah menjadi serius.

“Saya sendiri terkejut apabila dapat tahu mengenai berita itu. Buat masa ini, saya masih menunggu perkembangan dan tindakan selanjutnya daripada Mawar dan peguamnya untuk menyelesaikan isu rumah tangga kami ini.

“Empat tahun saya menunggu kehadiran cahaya mata dan Wan Maryam adalah darah daging saya. Hubungan darah itu tidak akan terputus sampai bila-bila. Saya mohon semua sama-sama mendoakan yang terbaik buat kami,” ujarnya dipetik sebagai berkata.

Tambahnya lagi, apa pun yang berlaku, dia tetap tidak akan lari daripada tanggungjawab membesarkan anaknya Wan Maryam yang kini berusia 2 tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : hmetro kredit : myartis.com




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top