Biar Betul? Ada Ke Rumah Baru, Boleh Try Duduk Dulu Kalau Puas Hati Baru Beli?

Memiliki sebuah rumah adalah impian setiap orang, terutamanya buat mereka yang sudah mendirikan rumah tangga. Begitupun, mengambil kira pasaran hartanah dan di bandingkan dengan gaji yang diperoleh setiap bulan, impian tersebut bagaikan sukar untuk direalisasikan.

Itu belum lagi mengambil kira dengan komitmen bulanan sedia ada. Bayar sewa rumah, kereta, bil itu dan ini, akhirnya gaji yang sedia ‘ciput’ semakin ‘menciput-ciput’ jadinya.

Golongan muda terutamanya mengalami dilema tentang pembelian rumah diawal usia ni kerana takut dengan risiko.  Rasanya ramai yang dah set mindset, “Bukan senang nak beli rumah, banyak benda nak kena buat dan bayar.”

Ada je pelabur atau pembeli hanya menggunakan modal minima untuk membeli rumah.  Pokoknya, kalau ada ilmu yang betul, berapa besar risikonya, kita boleh kurangkan.  Khusus buat adik-adik lepasan universiti dan baru dapat kerja mesti tertanya-tanya,

“Boleh ke orang gaji ciput macam aku ini beli rumah?”

Jawapannya, BOLEH.

Syarikat pemaju terkenal, EcoWorld kini membuka peluang buat semua orang untuk mendapatkan rumah idaman dengan proses yang sangat mudah.

Program dari EcoWorld ini membolehkan korang mendapatkan rumah dengan lebih senang. Jadi, korang tak akan trauma dengan ayat cliche orang lain seperti, “Janganlah beli rumah, susah. Makan masa bertahun.”

Program ini membolehkan para pembeli untuk memiliki rumah impian dengan mudah iaitu melalui #Stay2Own (Program Tinggal Dulu Bayar Kemudian).

Senang cakap, EcoWord ni memang nak bantu korang dapatkan rumah impian dengan program #Stay2Own.

Macam mana #Stay2Own* ni jadikan proses mendapatkan rumah impian korang dengan EcoWorld lebih mudah?

#Stay2Own*

Merupakan pelan yang membolehkan pembeli muda, khususnya pembeli rumah pertama menyewa dan seterusnya memiliki rumah berkenaan selepas tempoh setahun sehingga lima tahun.

  • Apabila anda menyewa rumah, sewa bulanan yang dibayar biasanya tak akan dikembalikan, tapi dengan #Stay2Own*, korang mempunyai pilihan untuk menggunakan sewa bulanan yang telah dibayar (sekurang-kurangnya 30%) untuk bayaran pendahuluan (downpayment) kelak dalam tempoh lima tahun.

Bestkan?

  • Program #Stay2Own* juga membolehkan korang mengunci harga pembelian harta selama lima tahun.
  • Bagi yang ingin membeli rumah itu dalam tempoh lima tahun, korang akan memilikinya pada harga asal rumah walaupun hakikatnya harga pasaran ketika itu sudah pun meningkat. Untung sangat.

Secara ringkasnya, kebaikan-kebaikan lain #Stay2Own* ni adalah seperti:

  1. Dengan 3 bulan deposit sewa dibayar, korang boleh pindah masuk dan tinggal dulu. Cuba dulu persekitaraan sekeliling dan kemudahan tersedia sebelum membeli
  2. Sewa bulanan mengikut harga pasaran
  3. Duduk dulu rumah tu, bayar kemudian. Siapa nak bagi ni?
  4. Sekurang-kurangnya 30% sewaan yang dibayar sebelum itu boleh ditukarkan menjadi simpanan sebahagian daripada bayaran muka bila korang buat pilihan untuk beli rumah tu nanti.
  5. Korang boleh ‘lock’ harga rumah sehingga 5 tahun.

Kalau susah sangat nak faham, cuba tengok video dibawah.

Dalam erti kata lain, EcoWorld ni nak tolong korang yang betul-betul berhasrat ingin memiliki rumah, terutama bagi pembeli rumah pertama.

Fikir apa lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Korang boleh mohon pelan pembelian rumah ni sekarang dengan mengunjungi mana-mana galeri EcoWorld terdekat atau layari www.ecoworld.my/hope.

*Tertakluk kepada terma dan syarat




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top