‘Beraya Sakan Sampai Tertinggal Anak Di Kedai Makan’ Ini Kisah Sebenar Kejadian Ini Berlaku

Seorang budak lelaki berusia enam tahun mengalami detik cemas apabila ditinggalkan keluarga tanpa sengaja di kedai makan di Permaisuri, tengah hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku 12.30 tengah hari apabila kanak-kanak dikenali sebagai Aqil itu berhenti di kedai berkenaan untuk makan bersama keluarganya selepas datang beraya di rumah saudara mereka di Kampung Pak Kancil, Permaisuri.

Seorang daripada pengunjung kedai yang enggan dikenali berkata, keluarga mangsa itu datang ke kedai dengan konvoi beberapa buah kereta.

“Mungkin keluarga mangsa menyangka kanak-kanak itu menaiki kereta saudara sewaktu mereka mahu pulang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Zulkifli Mat Deris, mengesahkan kejadian.

“Bapa saudaranya yang tinggal di Kampung Pak Kancil sudah datang mengambilnya di kedai itu, 6.30 petang.

“Ketika bapa saudaranya datang tadi, dimaklumkan bapa budak itu sudah berada di Gua Musang dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top