‘Benda Kecilpun Akan Jadi Besar’ Akhirnya Mawar Buka Mulut Krisis Rumahtangga Dengan Fizo

Isteri kepada pelakon Fizo Omar, Mawar Karim akhirnya tampil dan membuat kenyataan tentang isu rumah tangganya.

Menurut Mawar, sebelum ini dia tidak pernah meluahlan perasaan terutama kisah peribadi kerana banyak pihal yang perlu dijaga. Mawar menegaskan sebaiknya setiap masalah dalam rumah tangga biarlah hanya suami isteri dan keluarga sahaja yang tahu.
“Pertama kali saya ingin meminta maaf jika penulisan saya ada mana-mana pihak terguris hati. Sebelum ini saya tidak pernah menggunakan media social satu platform untuk  meluahkab perasaan,mencerita terutama kisah peribadi. Banyak pihak saya perlu jaga juga berhati-hati. Sebelum ini sy hanya kongsi kegembiraan,kerjaya,kerana kehidupan adalah satu ‘peribadi ‘untuk saya cerita.
“Setiap apa jua berlaku pasti ada hikmah ,sudah tentu sy perlu muhasabah diri dekatkan diri dengan Allah. Allah menguji kita pasti ada sebab-Nya .kita tidak perlu asyik nampak kesalahan orang atau pasangan sahaja. Diri kita belum cukup sempurna.

“Di sini bg saya sebaiknya setiap masalah dihadapi oleh pasangan biar la ‘hanya suami isteri ‘ dan jika tidak seeloknya hanya libatkan kedua orang tua kita sahaja. Jika ada pihak lain campur tangan perhubungan akan menjadi lain,” tulisnya.

Mawar berkongsi kenyataan tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuat naik gambar mesranya bersama Fizo Omar.

Tambahnya lagi, dalam hidup berpasangan komunikasi adalah penting.

Dalam kenyataan Mawar yang menulis panjang lebar itu memberitahu dia tetap akan jaga amanah Allah isitu cshaya mata mereka, Wan Maryam, 1, sebaik mungkin.

“Komunikasi antara suami isteri sangat penting kerana setiap apa yg berlaku sebelum atau kehadapan ‘tiada tanggapan negative terhadap pasangan kita. Bila kurangnya komunikasi ‘benda kecil pun akan menjadi besar.

“Hanya saya dan Fizo saja tahu,rasa apa yang kami lalui sekarang ni. Diharapkan semua pihak jangan buat apa-apa spekulasi mengenai rumah tangga kami..

“Apabila setiap pasangan dikurniakan zuriat, peganglah amanah,didik sebaik mungkin, hargai la setiap kurniaan kita di depan mata selagi ada. Kehidupan kita jgk akan berubah 360 darjah jika Allah memberi amanah rezeki ‘Anak’ untuk kita. Banyak benda kita perlu ‘korban’ demi anak dan tak semua ibu bapa sanggup berkorban demi anak. Mungkin kita kadang2 terlepas pandang banyak perkara sebelum ini. Insyaallah sy dan fizo sentiasa memberi kan yg terbaik buat Maryam. .

Anak yang jadi m4ngsa

“Benar,semua mengimpikan kebahagian,mempunyai keluarga ‘kehidupan sendiri ‘ dalam perkahwinan,impikan kebahagia dunia akhirat serta mendapat barokah. Semua pasangan sebaiknya nk pertahankan perkahwinan masing2.

“Mungkin ini ujian berat untuk Sy dan Fizo hadapi. Setiap kesulitan pasti ada jalan dari Allah. Pertemuan,Jodoh,aj4l,m4ut semua di tangan Tuhan.

Semoga Allah memberi kami jalan yg terbaik. Insyaallah. Terima kasih kalian yg mendoakan yg terbaik buat sy,fizo dan amanah kami ‘Maryam ‘. Hanya Allah saja membalas jasa kalian,” katanya lagi.

Media sebelum ini melaporkan Mawar sudah menemui peguam untuk mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan.

Sebelum ini, mahligai pasangan terbabit dikatakan berdepan masalah dan mula menjadi bualan apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak.

Fizo dilaporkan beraya di Kelantan manakala Mawar dan anaknya pula meraikannya di Pulau Pinang.

Mereka juga enggan mengulas mengenai perkara itu ketika ditanya media sebelum ini.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

Sumber : gempak

 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top