‘Bekas Presiden Mesir Mohamed Morsi Meninggal Dunia’ Ini Kata-Kata Erdogan Yang Menyentuh Perasaan

KAHERAH  Bekas Presiden Mesir, Mohamed Morsi meninggal dunia di hospital di sini selepas pengsan ketika sesi perbicaraan di mahkamah pada Isnin, menurut sumber kehakiman dan keselamatan.
“Beliau bercakap di hadapan hakim selama 20 minit kemudian menjadi sangat rancak dan pengsan. Dia segera dikejarkan ke hospital yang kemudiannya meninggal dunia,” kata seorang sumber kehakiman.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, yang menyokong kuat pemimpin Islam semasa Allahyarham mengetuai Mesir, menyampaikan ucapan takziah kepada Morsi dan menggelarnya sebagai seorang syahid.

Laman web rasmi Al-Ahram melaporkan, Morsi, 67, adalah presiden Mesir pertama yang dipilih secara demokratik dan hanya sempat memegang kuasa lebih setahun pada 2011 sebelum pihak tentera menumbang pemerintahannya pada 2013.

Pemimpin Islam itu hidup dalam penj4ra selepas digulingkan dan berdepan beberapa pendakw4an termasuk sebagai pe4gintip untuk Iran, Qatar dan kumpulan militan seperti Hamas di Semenanjung Gaza. Beliau juga didakwa di bawah akta pengg4nas.

Sementara itu Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan, menyifatkan bekas Presiden Mesir, Mohammed Morsi, yang meninggal dunia di sebuah hospital di Kaherah sebagai syahid.

Sebelum itu, Morsi dilaporkan pengsan ketika perbicaraan di mahkamah.

“Semoga Allah merahmati saudara kita Morsi, jiwa yang syahid dengan tenteram,” katanya yang mempunyai hubungan rapat dengan bekas presiden itu.

Hubungan Turki dan Mesir dikatakan amat renggang sejak tentera Mesir yang dipimpin oleh Abdel Fattah al-Sisi menggulingkan Presiden Morsi pada tahun 2013.

Sejak itu, Erdogan secara lantang mengec4m penggulingan Morsi dan meminta pembebasan ahli Ikhw4nul Muslimin di Mesir.

Bercakap di Istanbul, Erdogan menggelar Sisi sebagai pemimpin z4lim kerana merampas kuasa dan mengganggu proses demokrasi.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : bharian
 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top