‘Bekas Isteri Joy Revfa Bakal Bernikah’ Ini Komen Padu Dari Hafiz Hamidun

Bila soalan dituju tentang bekas isteri Joy Revfa bakal berkahwin,sudah tentu ada nasihat-nasihat berguna diberi oleh bekas suaminya iaitu Hafiz Hamidun dan Netizen boleh tentukan menerusi video di bawah.

Nasihat untuk bekas isteri
USAHAWAN kosmetik terkenal Joy Revfa yang juga bekas isteri kepada penyanyi Hafiz Hamidun menimbulkan spekulasi di laman sosial apabila memberi bayangan seakan-akan dirinya dirisik oleh seorang lelaki pada Selasa.
Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, memuat naik beberapa keping foto dengan kapsyen yang memberitahu tentang sebuah majlis sedang berlangsung di kediamannya.
“Ni majlis ibu ke majlis Arryan ni? tulis joy di Instagram.

Kapsyen gambar-gambar tersebut juga disertakan beberapa tanda pagar #bukansuamiorang #merisikkhabar dan salah satunya menggabungkan nama mereka berdua iaitu #revza.

Namun begitu, Joy masih tidak mendedahkan identiti lelaki tersebut.

Pasangan itu turut kelihatan mengenakan warna pakaian yang sama iaitu merah jambu cair.

Dalam pada itu, beberapa pengikut Joy mula mencari jawapan siapakah lelaki disebalik wajah yang dirahsiakan usahawan sensasi tersebut.

Segelintirnya mendakwa lelaki berkenaan merupakan pelakon baharu yang pernah membintangi beberapa drama seperti Split, Makmum Yang Pling Aku Cinta dan Kerna Syurga Bukan Percuma iaitu Fahmy Reza.

“Kenapa macam muka Fahmy Reza?,

“Betul, Fahmy Reza la tu…,” tulis netizen.

Joy, 32, turut dilihat memuat naik gambar di Instastory keluar bersama individu yang dipercayai seorang pelakon drama.

Nama Joy Revfa sebelum ini menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei 2017 dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun didakwa tidak sah.

Masalah tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober tahun sama.

Sebelum itu Joy pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki iaitu Arryan Firdaus yang kini berusia empat tahun.

Video

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top