‘Baju Melayu Bersampin dan Motor’ Sekumpulan Mat Motor Tunjuk Skill Atas Jalan,Ini Respon Pan4s Dari Netizen

Kebiasaan Umat Islam menyambut hari raya dengan meluangkan masa bersama keluarga, sanak saudara. Ada macam-macam yang boleh dibualkan, apatah lagi kalau jarang dapat jumpa. So, waktu raya memang masa paling sesuai nak update macam macam kan?Setahun sekali meyambut hari kemenangan setelah sebulan berpuasa banyak yang dapat kita lakukan.

Tapi ini lain ceritanya, sekumpulan mat rempit sebaliknya buat aktiviti tak berfaedah dan menaikkan kem4rahan ramai sebab membah4yakan nyawa orang lain. Sebuah video viral selepas dimuat naik oleh satu page di Facebook 6 Jun lepas, menunjukkan lebih kurang 10 orang mat motor berpakaian lengkap baju Melayu tengah bermotor dengan aktiviti merempit.

Video berdurasi 1 minit tu ada background music lagu raya sambil tunjuk rakaman geng ni tunjuk ‘skill‘ masing-masing atas jalan raya. Tiada seorang pun yang memakai helmet dan dengan selamba mereka conquer jalan raya tu sambil buat macam-macam stunt antaranya wheelie, superman dan scorpion.

Dalam video tu boleh nampak dorang buat stunts ni dekat dua tempat berbeza. Ada di jalan dekat kawasan kampung dan ada juga dekat kawasan highway.

Walaupun tak banyak kenderaan tapi ada beberapa shot yang menunjukkan beberapa kereta tengah lalu lalang tapi dorang memang tak ada rasa bersalah sebab selamba je lambai dan senyum dekat camera bila tengah record buat stunt tu.

Page yang muat naik video ni bagaimanapun tidak menyatakan di mana dan bila video ni diambil sebab tiada kenyataan rasmi daripada pihak polis. Tapi ramai Netizen yang tengok video itu yang tidak berpuas hati dengan perangai geng mat rempit 1ni semua sebab membahayakan nyawa pengguna jalan raya yang lain.

Antara komen-komen Netizen

“Kalau meninggal time raya terus masuk syurga ke?”“Kalau dah duduk atas wheel chair kau wheelie la puas-puas.”

“Orang Melayu kita ni masih tiada kesedaran dalam jiwa dan tak menghormati Hari Raya Aidilfitri yang mulia ini.”

“Anak Melayu bab ni memang berani m4ti.”“Hebat sangat ke ni? “Belum hilang kaki tangan sebab tu tak sedar-sedar lagi.”

Video

Tak kisah lah video ni dirakam bila, kalau video lama sekali pun memang tak patutlah  nak buat perangai macam tu. Cuba kalau ada ny4wa yang melayang sebab dorang? Nak kata apa? Kalau time tu baru nak menyesal memang tak ada guna.

Kalau nak sambut hari kemenangan bila Syawal menjelma memang disarankan dalam Islam tapi berpada-padalah dengan cara kita menyambutnya kerana dalam Islam ada caranya yang betul dan penuh kesopanan.Setelah sebulan berpuasa maka Allah SWT menjadikan sambutan Aidil Fitri sebagai kembali kita pada fitrah kita yang asal.Kita mohon adik-adik kita faham tentang sambutan Hari Raya ‘Aidil Fitri ini dan bukan tidak boleh bergaya dengan motor dan bersampin lagi,memang segak tapi janganlah kita guna motor itu sampai membahayakan diri sendiri dan orang lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih,Kekasih Jiwang

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Kekasih Jiwang

sumber : lobakmerah.com




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top