Bagi Gelandangan Makan Biskut Inti Ubat Gigi Sampai Termuntah, Lelaki Ini Bakal Dipenjara 15 Bulan

Semata-mata untuk mendapatkan view di Youtube, seorang vlogger mengikut permintaan salah seorang pengikutnya untuk membuat prank dengan menggantikan inti biskut dengan ubat gigi dan memberikannya kepada seorang gelandangan berusia 50 tahun di Barcelona.

Akibatnya, gelandangan tersebut termuntah selepas memakan biskut tersebut. Vlogger yang memberi wang €20 (kira-kira RM 93) bersama biskut itu kemudiannya memuat naik video tersebut, menyebabkan dia menerima kecaman daripada warga maya.

Berikutan itu, dia memuat naik satu video lain yang menunjukkan dia melawat gelandangan yang sama dan menawarkan €20 kepada lelaki tersebut. Menurut polis, dia juga menawarkan €300 kepada anak perempuan gelandangan tersebut sebagai balasan bagi tidak membuat laporan polis.

Vlogger tersebut didapati bersalah melanggar integriti moral dan boleh dikenakan hukuman 15 bulan penjara atau denda 20,000 euro bersamaan kira-kira RM 93,000 kepada mangsa.

Menurut laporan media negara tersebut, akaun Youtube vlogger berkenaan bakal ditutup selama lima tahun.

Hakim yang mengadili kes berkenaan, Rosa Aragones berkata, aksi tersebut bukan satu-satunya tindakannya yang bersikap kejam terhadap golongan yang mudah dijadikan sasaran.

Lelaki tersebut turut mengatakan tindakannya mempunyai sisi positif,

“Ia boleh membantunya membersihkan gigi. Saya tidak fikir dia pernah bersihkan giginya sejak menjadi miskin,” katanya.

Sumber: The New York Times




Artikel ViralSini Lainnya :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top