‘Apapun Yang Berlaku Kenangkan Ketika Susah Senang Bersama’ Netizen Nasihat Fizo Dan Mawar

Laman sosial Instagram pelakon Fizo Omar menjadi tumpuan serta perhatian netizen selepas dia dan isteri, Mawar didakwa kini sedang menghadapi kemelut rumah tangga dan tidak lagi tinggal serumah.
Menerusi entri terbaharu Fizo yang mana dia memuat naik rakaman video bersama anaknya Wan Maryam telah menarik perhatian netizen untuk meninggalkan komen.

“Daddy’s little Yam,” tulis Fizo ringkas sebagai kapsyen.

Rata-rata tertumpu kepada isu rumah tangga yang sedang dihadapi pelakon ini dan memberi kata-kata nasihat kepadanya.

Kebanyakkan netizen mendoakan agar Fizo dan Mawar sama-sama kuat menghadapi dugaan yang sedang menimpa mereka.

“Semoga Fizo dan isteri kekal bahagia bersama dengan anak hingga ke syurga, kuatlah anda berdua seperti anda kuat satu sama lain sebelum kehadiran Cik Yam.

“Apa pun yang berlaku, kenangkan saat susah senang bersama, saat bahagia menanti kelahiran Yam dan saat pertama kali diijabkabul.Walaupun begitu Fizo membalas dengan ucapan terimakasih diatas nasihat itu .

“Semoga semuanya dipermudah, semoga Encik Fizo dan Puan Mawar sama-sama kuat demi anak kecil,” tulis netizen.

Moga-moga Allah campak Rahmat

kenangkan saat susah senang bersama

semoga fizo dan isteri kekal bahagia

bawak-bawak la berbincang,buang ego

 

sian kat Cik Yam

Video

Pasangan ini didakwa sedang menghadapi kemelut rumah tangga dan tidak lagi tinggal serumah, namun kedua-duanya masih belum memberi sebarang kenyataan berkaitan hubungan mereka.

Terdahulu, Fizo dan Mawar mendirikan rumah tangga pada November 2013. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Wan Maryam yang kini berusia dua tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : gempak




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top