‘Aliff Minta Kembali, Saya Tidak Beri Jawapan’ Ini Sebabnya Bella Astillah Cakap Begitu

Terlalu awal untuk menerima kembali cinta yang telah hancur akibat perceraian.

Itu antara kata-kata yang diungkap oleh Bella Astillah selepas perkahwinannya dengan Aliff Aziz berakhir pada Mei lalu.

Dalam masa sama, Bella tidak mahu terus menolak jika jodoh dia dan Aliff masih ada dan mereka akan kembali bersama satu hari nanti.

Biarpun sudah bercerai, hubungan mereka masih baik demi anak lelaki, Ayden Adrean.

“Buat masa sekarang sukar untuk saya buat keputusan mahu kembali bersama kerana perceraian kami masih baru. Jika saya katakan tidak, takut nanti perkara itu akan terjadi.

“Saya selalu berhubung dengan Aliff kerana dia bapa kepada anak kami. Namun tidak pernah berbincang soal kembali bersama. Jika dia bertanya sekalipun, saya tidak berikan jawapan,” ujar Bella kepada MHE TV.

Kebelakangan ini Aliff sering memuat naik status seakan mahu hubungan mereka kembali seperti biasa.

Malah tular di media sosial keadaan Aliff seperti tidak terurus pasca bercerai.

“Saya tidak boleh terima dia kembali hanya disebabkan rasa kasihan. Ini soal hati dan perasaan.

“Saya serahkan segalanya pada Tuhan. Saya sendiri tidak tahu jika satu hari nanti Tuhan bukakan kembali hati saya untuk kembali bersama Aliff,” jelas Bella.

Aliff dan Bella berkahwin pada September 2016 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber :mhetv.my




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top