Alhamdulillah , Dapat Juga Beraya Dengan Keluarga,Tunang,Ini Kisah Sebenar Di Penjar4

“SAMBUTAN Aidilfitri kali ini paling bermakna buat saya apabila dapat menyambut bersama keluarga dan orang tersayang selepas tujuh tahun berpuasa dan beraya di sebalik tirai besi,” kata Muhammad, 36, (bukan nama sebenar).

Dia adalah antara penghuni tirai besi yang bertuah tahun ini kerana diberikan peluang untuk beraya bersama keluarga menerusi Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSB) oleh Jabatan Penjara Kajang, hari ini.

Menerusi Pelepasan itu Muhamad dibenarkan pulang ke rumah selama tujuh hari di rumah kedua orang tuanya di Rawang, Selangor.

Muhammad berkata, perkara pertama yang dia mahu lakukan selepas dibenarkan pulang ke rumah hari ini, adalah berbuka puasa dengan keluarga.

“Saya mahu sembahyang raya dan meminta maaf kepada kedua orang tua serta meluangkan masa bersama keluarga sempena Aidilfitri ini (esok),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Akuan Penerimaan PBSB di Penjara Kajang, hari ini.

PENGARAH Penjara Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Komisioner Penjara Abd Kadir Rais (dua dari kiri) memberikan surat perintah pelepasan kepada banduan yang diberi pelepasan berlesen selama tujuh hari sempena Aidilfitri, di Penjara Kajang. Turut kelihatan Basakaran (kiri). FOTO Eizairi Shamsudin

Menurut Muhamad, dia bersyukur kerana permohonan dibuat untuk mendapat pelepasan menerusi PBSB diluluskan Jabatan Penjara Kajang.

“Walaupun hanya dibenarkan pulang selama tujuh hari tetapi saya bersyukur kerana permohonan PBSB yang dimohon diluluskan oleh Jabatan Penjara Kajang dan diberi peluang untuk beraya dengan keluarga.

“Saya amat gembira dan rasa bertuah dengan anugerah ini. Malah, saya tak sabar ingin pulang ke rumah dan apa yang paling saya paling rindu adalah makan ketupat daun palas yang disediakan ibu saya.

“Selain itu, saya akan gunakan sepenuhnya peluang yang diberikan ini dengan meluangkan masa bersama tunang yang masih setia menunggu saya menjalani hukuman di penjara ini,” katanya.

Menurut anak sulung dari empat beradik itu, dia akan memanfaatkan sepenuhnya tempoh pelepasan terbabit dengan sebaik mungkin.

“Pelepasan ini adalah pelengkap kepada program pemulihan yang saya lalui di dalam penjara selama tujuh tahun dan ini peluang bagi saya sesuaikan diri untuk kembali kepada masyarakat ,” katanya.

Muhamad berkata, dia berharap masyarakat tidak menyisihkan banduan dan dapat memberikan peluang kedua untuk mereka berubah selepas menjalani proses pemulihan di penjara.

“Pada saya pemenjaraan ini bukan satu penamat dan banyak perkara kita boleh dapat di sini kerana kita diberi peluang untuk melihat sendiri refleksi diri dan memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik.

“Saya berada di penjara tidak sia-sia kerana dapat sambung pelajaran dan sudah menamatkan pengajian di peringkat ijazah sarjana muda dalam bidang kriminologi di Universiti Sains Malaysia (USM) dan kini dalam proses permohonan sambung ke peringkat sarjana dalam bidang sains politik,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Penjara Kajang, M Basakaran berkata, setakat ini dua penghuni diluluskan untuk mendapat Pelepasan Banduan Secara Berlesen di penjara berkenaan bagi tahun ini.

“Ini adalah pelepasan sementara pertama dilakukan Penjara Kajang pada tahun ini berdasarkan Seksyen 43 Akta Penjara 1945.

“Antara syarat kelayakan yang perlu dipatuhi penghuni, termasuklah menjalani hukuman sekurang-kurangnya selama empat tahun, selain berbaki satu tahun lagi hukuman dan berkelakuan baik sepanjang tempoh tahanan,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top