Akhirnya Ini Pengakuan Syafiq Kyle,Siapa Sebenarnya Mimi Lana DiHatinya

KUALA LUMPUR: “Kami memang sudah lama berkawan dan dia teman istimewa saya”.
Demikian penjelasan Syafiq Kyle ketika ditanya kesahihan gosip cintanya dengan pelakon yang sedang meniti populariti, Mimi Lana. Syafiq, bagaimanapun berkata, dia enggan menggembar-gemburkan perkara itu kerana tidak mahu cerita peribadi membayangi kerjaya seni mereka.
“Lagipun, tiada kewajipan untuk kami bercerita mengenai perkara itu. Saya juga tidak selesa meletakkan status bercinta kerana kami tidak pernah berbincang mengenai perkahwinan atau bertemu keluarga masing-masing.

“Saya belajar daripada kesilapan lalu apabila begitu terbuka bercerita mengenai cinta, tetapi terpaksa menanggung kesan apabila impian itu tidak menjadi kenyataan,” katanya.

Pelakon yang terkenal dengan watak Ustaz Adam menerusi drama rantaian Nur dan Nur 2 ini, keputusan untuk tidak menghebahkan kisah mereka berdua itu dibuat atas persetujuan bersama.

“Apabila berkawan, kami memang bersepakat untuk tidak menghebahkan kepada sesiapa. Masing-masing ada impian yang ingin dikejar dan kami menghormati pandangan satu sama lain.

“Tetapi, itu tidak bermakna kami cuba menyorokkan perkara yang benar. Ada juga yang pernah terserempak ketika kami keluar bersama-sama, termasuk wartawan. Nampak juga mereka seperti curiga melihat kami keluar berdua,” katanya.

Namun Begitu  Syafiq Kyle berkata dia tidak berniat untuk menyembunyikan hubungan istimewa dengan Mimi Lana walaupun ia mula dihidu peminat sejak sekian lama.

Kata Syafiq dia mempunyai pendirian tersendiri dalam berkongsi kisah peribadi kepada umum.

“Saya tak berapa hard sell sangat dalam perhubungan saya. Bukan semua orang nak tahu hal peribadi, saya ada cara tersendiri,” katanya kepada mStar.

Video

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Kekasih Jiwang

Sumber : mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top