You Are Real Hero,Posmen Ini Sanggup Tangguh Berbuka Puasa Demi Tugasan Buat Netizen Sebak

Bulan Ramadan memang seronok, lebih-lebih lagi buat mereka yang bekerja. Mana tidaknya, waktu kerja akan dipendekkan dan pekerja akan pulang lebih awal daripada biasa.

Namun, tidak semua pekerja boleh pulang awal. Lebih menyedihkan apabila ada yang perlu bekerja seperti biasa, malah ada yang bekerja sehingga selepas waktu berbuka.

Sejak semalam tular di media sosial perkongsian netizen mengenai seorang kakitangan Pos Malaysia yang masih lagi menghantar barang pelanggan walaupun ketika itu sudah pun masuk waktu berbuka.

Menurut netizen itu, disaat kita sedang menikmati hidangan berbuka bersama keluarga, ada insan diluar sana yang masih bekerja gigih mencari rezeki buat keluarga.

Perkongsian pemuda itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji dan mengagumi kegigihan kakitangan Pos Malaysia itu dalam melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

Ramai yang memuji abang-abang posmen sememangnya pekerja yang kental memandangkan tugasan mereka bukan mudah kerana perlu berpanas dan berhujan. Kata netizen lagi, tidak ramai orang sanggup melakukan kerja-kerja tersebut.

Malah, ramai yang berkongsikan setiap kali posmen datang ke rumah, pasti akan diberikan minuman atau makanan sebagai tanda terima kasih.

Apa pun, kita sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada kakitangan Pos Malaysia kerana kegigihan mereka menjalankan tugas lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini. Tapi kesihatan juga perlu dijaga, bila sampai waktu berbuka lebih baik jika berhenti sebentar untuk mengalas perut.

Sila baca dan komen yang baik-baik saja.Kekasih Jiwang

sumber : vitdaily.com

 

 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top