Wanita 20 Tahun Trauma Dirogol Lima Lelaki Di Hadapan Suami Rayu Semua Pelaku Dikenakan Hukuman Mati

Seorang wanita berusia 20 tahun telah dirogol secara berkumpulan oleh lima(5) orang lelaki dihadapan suaminya dalam satu kejadian yang berlaku di India pada 24 April yang lalu.

Ketika kejadian itu, mangsa sedang membonceng motorsikal bersama suaminya di kawasan Alwar, Rajasthan sebelum mereka ditahan dan diserang oleh suspek. Mangsa kemudiannya ditarik ke kawasan gaung berhampiran.

Lebih teruk lagi, perogol telah merakam kegiatan terkutuk itu dan mengugut untuk menyebarkannya di Internet sekiranya mangsa dan suaminya membuat laporan polis.

Tidak gentar dengan ugutan itu, mangsa tetap melaporkan kejadian kepada pihak polis dan kelima-lima suspek telah pun berjaya ditahan polis tempatan. Suspek bagaimanapun telah memuat naik video berkenaan secara atas talian.

Suspek ke-enam yang telah memuat naik video tersebut juga telah berjaya ditahan untuk tujuan siasatan.

Bercakap mengenai kejadian mengerikan itu, mangsa kini menuntut kerajaan India untuk menjatuhkan hukuman mati kepada semua suspek. Menurutnya, mereka telah memberikan mimpi ngeri kepada mereka suami isteri dan mahu semua yang terlibat dihukum gantung.

“Jika ada hukuman yang lebih buruk daripada hukuman gantung, jatuhilah hukuman itu kepada mereka,” rayunya ketika berkata kepada The Times of India.

Mangsa mengakui pada mulanya takut untuk membuat laporan polis kerana bimbang suspek akan menyakiti keluarganya. Namun selepas mendapat tahu rakaman kejadian telah tersebar di media sosial, beliau nekad untuk menghubungi pihak berkuasa.

Tindakannya itu dipuji oleh netizen dan ia akan menjadi pengajaran bagi orang lain supaya lebih berani melaporkan kepada pihak polis walaupun diancam bahaya.

Sumber: Daily Mail, The Times of India




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top