(Video)Tular’Trend’ Baiki Kerosakkan Guna Mi Segera Kering, Betul-Betul Menjadi Ke?

Jika anda sering menggunakan media sosial seperti Twitter dan Facebook, barangkali anda sudah pernah terserempak dengan klip video daripada luar negara yang menunjukkan individu membaiki kerosakkan pada objek tertentu dengan hanya menggunakan mi segara.

Walaupun tidak dapat dipastikan dari mana trend ini bermula, namun rata-rata klip video yang dimuat naik ke media sosial mendapat perhatian daripada wargamaya yang ingin tahu kesahihan video tersebut.

Salah satu video yang popular dan menerima lebih 148 ribu ‘Love’ dan 48 ribu retweet adalah video seorang lelaki membaiki sinki bilik air yang pecah dengan hanya menggunakan mi segera kering, gam, kertas pasir, cat dan beberapa alatan mudah lain seperti video di bawah.

Namun begitu, rata-rata warga maya tidak percaya dengan kesahihan video berkenaan dan menganggap ia disunting dan hasil cantuman dua video yang berbeza.

Malah ada yang berkata tindakan lelaki berkenaan menambah perisa pada mi segera berkenaan juga tidak masuk akal, sekaligus menguatkan lagi dakwaan bahawa video berkenaan adalah palsu.

Selain video diatas, turut tular adalah klip video seorang lelaki membaiki lubang pada meja dengan kaedah yang sama dalam video di bawah.

Sama seperti video pertama, rata-rata warga maya melihat ia sebagai sesuatu yang kelakar selain meminta orang ramai yang menggunakan kemudahan tersebut berhati-hati kerana dikhuatiri mi segera tersebut menjadi lembik sekiranya terkena air.

Manakala video di bawah lebih ekstream apabila seorang lelaki membaiki kerosakan pada bahagian keretanya yang rosak, juga menggunakan mi segera.

Selepas menonton tiga video dibawah, adakah anda merasakan ia idea yang bernas dan sahih atau sekadar ‘hoax’ yang beredar di media sosial?

Sumber: Twitter




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top