(Video)Selain ‘Supercar’, Buggati Turut Hasilkan Basikal Paling Ringan Dan Laju Di Dunia

Buggati, sebuah jenama kenderaan berprestasi tinggi super mewah dari Perancis sudah terkenal dengan barisan produk yang merajai jalanan sejak sekian lama, anataranya Chiron, Veyron dan yang terbaru, Divo.

Dijual dengan harga mencecah jutaan ringgit, ramai daripada kita khususnya peminat super dan hypercar telan air liur dan sekadar mengagumi dari jauh.

Bagaimanapun, ada produk daripada Buggati yang mungkin sesuai dan berada dalam lingkungan bajet anda, dan produk berkenaan tak lain tak bukan adalah sebuah basikal, PG Buggati Bike yang dihasilkan dengan kerjasama pembuat basikal terkemuka Jerman, PG.

Apa yang menariknya, basikal berkenaan yang dihasilkan 95 peratus daripada ‘material’ fiberkarbon dikatakan basikal kegunaan bandar paling ringan(4.9 kilogram) dan mungkin yang basikal dengan keupayaan bergerak paling pantas di dunia.

Rekaan rangka basikal yang dihasilkan dengan konsep aerodinamik membolehkan ia bergerak pada kelajuan tinggi selain penambahan aksesoriu khas untuk menyerak hentakkan.

Bagaimanapun, basikal Buggati ini mungkin boleh dikategorikan sebagai edisi terhad memandangkan hanya sebanyak 667 unit sahaja yang dihasilkan sejak 2017. Para pemilknya boleh membuat tempahan khas dari segi warna dan jenis kulit tempat duduk.

Tak kisahlah, walaupun cuma sebuah basikal, ia sememangnya produk asli daripada Buggati. Jadi soal imej sebagai pemilik produk Buggati tidak mempunyai sebarang masalah.

Oh ya, jika anda tidak mempunyai kemampuan membeli Divo pada harga sekitar RM 24 juta, anda boleh memiliki PG Buggati Bike yang dijual pada harga bermula USD 39,000 (RM 162,000).

Namun dengan harga begitu, ia sebenarnya tetap diluar kemampuan ramai pihak, termasuklah penulis.

 

Sumber: Highs Nobiety




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top