(Video)Hidup Porak-Peranda Gara-Gara Gadis Kesusahan Yang Dibantu Buat Laporan Palsu Terhadapnya

Selepas kira-kira dua jam bersusah payah membaiki kereta seorang remaja yang mengalami kerosakan, Kenan Basic dijel selama dua minggu setelah dituduh mengintip dan cuba melakukan gangguan seksual ke atas pemandu tersebut.

Selain dijel, Kenan turut kehilangan kerja dan sedang menjalani proses penceraian disebabkan tuduhan tersebut.

Pada November lalu, dia dikatakan berhenti untuk membantu seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang terkandas di sebuah stesen minyak di Bankstown, Sydney setelah kenderaannya mengalami kerosakan.

Bapa kepada seorang anak itu kemudiannya membantu memperbaiki kenderaan tersebut, membolehkan remaja berkenaan meneruskan perjalanannya.

Setelah kereta tersebut pulih, Kenan kemudiannya mengekori remaja tersebut bagi memastikan kenderaan itu tidak rosak kembali. Bagaimanapun, setelah mereka berpisah, remaja tersebut melaporkan kepada polis bahawa Kenan mengintip dan menuntut ‘layanan’ daripadanya setelah memberi bantuan.

Disebabkan laporan tersebut, Kenan dipenjarakan selama dua minggu sebelum dibebaskan apabila remaja tersebut akhirnya mengaku memberi kenyataan palsu apabila disoal siasat detektif.

“Saya sentiasa membantu sesiapa yang memerlukan pertolongan. Ini kali pertama saya dikhianati,” kata Kenan.

Remaja tersebut kini didakwa atas tuduhan memberi kenyataan palsu dan akan dibawa ke mahkamah minggu hadapan.

Sumber: Daily Mail




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top