(Video)”Gembiranya Dia”, Hilang Nikmat Berjalan Akibat Tepijak Periuk Api, Keletah Kanak-Kanak Ini Dapat Kaki Palsu Buat Warga Maya Terharu

Peperangan sering kali mendatangkan kesan yang sangat buruk kepada sesebuah negara. Ia bukan sahaja melibatkan angkatan tentera yang sedang berjuang, tetapi turut memberi kesan kepada orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak.

Itulah yang dialami oleh seorang kanak-kanak lelaki dari Afghanistan, Ahmed yang hilang kaki sebelah kanannya akibat terpijak periuk api. Untuk seorang anak semuda Ahmed, ia bukanlah sesuatu yang mudah untuk dihadapi.

Akan tetapi, Ahmed kini kembali ceria selepas dia dikurniakan kaki palsu oleh Pusat Ortopedik Palang Merah Antarabangsa(ICRC) baru-baru ini.

Beliau kelihatan menari riang dengan penuh keceriaan selepas mendapatkan kaki ‘baharunya’ itu. Video itu menjadi tular selepas dikirimkan di Twitter oleh Roya Musawi(@roya_musawi).

Rata-rata wargamaya yang menonton video ini ternyata terharu melihat senyuman anak muda ini dan berterima kasih atas segala usaha yang dijalankan oleh pihak-pihak yang membantu mendapatnya kaki palsu baginya.

Walaubagaimanapun, tidak semua mangsa peperangan yang bernasib baik seperti Ahmed. Diharapkan berita ini dapat membuka mata semua pihak sekaligus mencari jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan persengketaan di antara mereka di masa akan datang.

Sumber: Twitter Roya Musawi




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top