(Video) Syria Sedang Berdarah, Diserang Rejim Syria, Kanak-Kanak Dan Wanita Antara Mangsa Serangan

Bulan ramadan adalah bulan yang pastinya dinanti-nantikan oleh semua umat islam di seluruh dunia. Bulan yang mulia serta penuh keberkatan ini telah disambut dalam keadaan yang baik serta aman di negara kita.

Namun, tidak semua daripada kita dapat menyambut bulan ramadan ini dengan sempurna serta penuh dengan kegembiraan.

Seperti yang dikongsikan oleh The White Helmet menerusi akaun Twitternya. Permulaan bulan ramadan di Syria bermula dengan keadaan yang penuh dengan penderitaan. Ikuti perkongsian berkenaan dengan permulaan bulan ramadan di Syria yang telah dikongsikan mereka.


Permulaan untuk bulan yang suci dan mulia ini bagi umat Islam di Syria bermula dengan peristiwa yang menyedihkan buat dua keluarga di Syria ini apabila kedua-dua keluarga tersebut telah diserang oleh rejim askar Syria di Arnaba dan Rebie Aljwar yang terletak di barat Idlib.

Keluarga tersebut telah terbunuh semasa mereka sedang nyenyak tidur di rumah mereka. Sejumlah lapan orang telah terbunuh dalam insiden serangan itu termasuklah dua kanak-kanak serta dua wanita.


Pada awal pagi selasa yang bersamaan dengan 7 Mei 2019, empat orang awam yang kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak telah dilaporkan meninggal apabila dua buah jet tempur membuat serangan udara yang mensasarkan rumah mereka di bandar Kafar Zeita, utara Hama.

Pasukan White Helmet dikerahkan ke lokasi serangan untuk mencari mayat mereka dan telah berjaya menyelamatkan seorang lelaki dan tiga orang kanak-kanak yang terselamat dari runtuhan bangunan.


Tiga orang awam telah terbunuh manakala lapan orang lagi tercedera selepas pesawat tempur Rusia melancarkan empat buah roket yang menyasarkan pasar Ras al-Ain yang terletak di timur Idlib pada pagi selasa. Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan oleh pasukan White Helmet masih giat dijalankan.


Seorang lelaki warga emas dan seorang kanak-kanak perempuan telah terbunuh manakala seorang wanita serta seorang kanak-kanak telah dilaporkan cedera selepas enam serangan udara yang dilakukan oleh pesawat tempur askar rejim mensasarkan bandar Ma’aratmatar yang terletak di selatan Idlib.


Seorang lelaki dan isterinya telah terbunuh pada tengah hari ahad yang bersamaan dengan 7 Mei 2019 selepas satu serangan udara telah mensasarkan kediaman mereka yang terletak di bandar Kfar Zeita utara Hama. Pasukan White Helmet dikerahkan untuk mengeluarkan mayat-mayat yang tertimbus di bawah runtuhan serta mengawal kawasan yang disasarkan itu. Jumlah kematian hasil serangan yang dilakukan di bandar itu adalah sebanyak enam orang.


Jumlah mangsa yang terbunuh di bandar Ras al-Ain telah meningkat sebanyak lima orang, termasuklah tiga orang kanak-kanak dan 20 orang yang dilaporkan cedera selepas satu serangan udara telah menyasarkan pasar di bandar itu.


Serangan yang dilakukan oleh Rusia serta rejim Syria itu telah mengorbankan nyawa orang awam di Idlib dan Hama untuk 12 hari berturut-turut. Pada hari ini sahaja, 20 nyawa orang awam telah terbunuh, enam daripada mereka dari Kafr Zeita manakala 5 lagi dari bandar al-Ain.


Walaupun isterinya yang bernama Um Khalid itu sudah meninggal dunia, lelaki ini masih merisaukan akannya. Lelaki itu berulang kali menyuruh anggota White Helmet itu untuk menenggokkan  serta memberi perhatian kepada isterinya itu. Serangan udara yang dilakukan tentera Rusia di selatan Idlib telah meragut nyawa dua wanita serta kanak-kanak, termasuklah Um Khalid dan telah mencederakan empat orang.


Hari ini merupakan hari yang sama seperti lapan tahun yang lalu di Syria: Kebakaran, Ketakutan dan Kehancuran. Angka kematian telah mencapai sehingga 22 orang. Para sukarelawan kami masih lagi bertindak balas menjawab panggilan-panggilan meminta tolong yang datang daripada orang awam yang ketakutan di semenanjung utara Syria.

Idlib dan Hama telah mengalami krisis kemanusiaan yang kritikal, sama seperti yang terjadi di negara lain seperti yang dunia telah saksikan sepanjang lapan tahun krisis ini terjadi.


Serangan yang dilakukan tentera Rusia serta rejim Syria perlu dihentikan, dan mereka yang bertanggungjawab terhadap jenayah yang dilakukan ke atas orang awam ini perlu dihukum.

Para sukarelawan kami teramat penat dari segi fizikal mahu pun mental. Walaupun begitu, pasukan White Helmet sentiasa mengutamakan rakyat Syria yang memerlukan terlebih dahulu serta sedia berkhidmat untuk melakukan apa sahaja bagi menyelamatkan nyawa orang awam.


Di bandar Shnan yang terletak di selatan Idlib, seorang wanita telah dilaporkan terbunuh manakala seorang lagi kanak-kanak tercedera selepas sebuah pesawat milik tentera Rusia telah menjalankan serangan Udara yang menyasarkan rumah mereka. Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan oleh White Helmet diteruskan.


Seorang lelaki telah dilaporkan terbunuh manakala 11 orang lagi telah tercedera selepas empat serangan udara yang dilakukan oleh pesawat milik rejim Syria telah mensasarkan bandar Khan Shaykhoun. Serangan ini disusuli dengan 60 buah roket dan 20 butir peluru artileri yang telah menyebabkan kerosakan pada harta benda serta menyebabkan kebakaran di kediaman orang awam.


Pengeboman secara intensif yang mensasarkan kebanyakan bandar-bandar di utara dan barat Hama telah dijalankan melalui serangan udara, tong yang dipenuhi dengan bahan letupan berpeluru, pelancar roket, dan tembakan senapang artileri. Serangan itu telah dilakukan selama 13 hari berturut-turut oleh tentera Rusia dan rejim Syria.


Bilangan mangsa yang terkorban dalam serangan di bandar Khan Shaykoun telah meningkat sebanyak tiga orang, manakala kira-kira 11 orang lagi dilaporkan tercedera berikutan operasi pengeboman yang dilakukan oleh rejim Syria. Pasukan White Helmet bertungkus lumus menyelamatkan mangsa, serta memberikan bantuan perubatan kepada mereka yang tercedera.


Seorang lelaki dan seorang perempuan telah dilaporkan terbunuh dan beberapa orang awam yang kebanyakannya terdiri daripada wanita serta kanak-kanak telah dilaporkan tercedera selepas serangan udara yang intensif dan pengeboman yang dilakukan oleh pesawat rejim Syria telah mensasarkan kawasan perumahan Hesh yang terletak di selatan Idlib.


Pesawat milik rejim Syria sekali lagi mensasarkan orang awam yang cuba untuk melarikan diri. Berikutan dengan itu, seorang lelaki telah dilaporkan terbunuh manakala dua orang telah tercedera selepas kereta mereka dibom berdekatan Khan Shaykoun.


1) Tanggal 8 Mei 2019, satu lagi hari berdarah untuk selatan Idlib dan utara Hama telah dilaporkan berlaku. Sebanyak sembilan nyawa telah dilaporkan terbunuh selepas 13 hari pengeboman yang dilakukan secara berterusan mensasarkan kawasan kampung dilaporkan telah meragut nyawa seorang wanita dan dua kanak-kanak.

2) Dua buah fasiliti perubatan telah menjadi sasaran dan telah dipaksa menghentikan perkhidmatan mereka buat sementara waktu akibat diserang oleh peluru berpandu milik tentera Rusia dan rejim Syria demi memusnahkan semda bantuan perubatan yang terdapat di kawasan itu.

3) Pasukan White Helmet masih lagi meneruskan operasi mencari dan menyelamat serta membantu memindahkan orang awam yang terkesan daripada serangan itu. Pasukan White Helmet akan sentiasa berada di sisi rakyat Syria serta berusaha untuk memberikan apa sahaja yang diperlukan demi menyelamatkan nyawa.


Pada malam tanggal 9 Mei 2019, orang-orang di Khan Shaykhun telah dikejutkan dengan 40 buah roket yang disasarkan ke atas bandar mereka dan telah menyebabkan kemusnahan yang besar serta telah mencetuskan tiga kebakaran. Serangan itu telah meragut lima nyawa orang awam serta turut mencederakan 25 orang.


1) Kanak-kanak Syria hidup dalam keadaan ketakutan yang berpanjangan, mereka sampaikan sudah tahu apa makna bom yang berada di udara ke atas mereka. Sudah masuk dua minggu tentera Rusia serta rejim Syria melakukan pengeboman di Idlib dan Hama. Kesan daripada pengeboman itu, ratusan nyawa telah terkorban.

2) Sukarelawan wanita yang menganggotai pasukan White Helmet ditugaskan untuk merawat serta menjaga kesihatan dan memberi kaunseling kepada kanak-kanak Syria serta ibu bapa mereka. Tugas mereka bertujuan untuk mengurangkan penderitaan serta memberi nasihat-nasihat tentang keselamatan diri.

3) Serangan yang dilakukan selama 13 hari berturut-turut itu telah meragut nyawa 22 orang kanak-kanak manakala 77 orang lagi tercedera dengan pelbagai peringkat kecederaan. Jumlah kematian yang dicatatkan pula adalah sebanyak 122 nyawa manakala 329 yang lain tercedera.


Ini adalah antara adegan yang dapat disaksikan berlaku ke atas pasukan White Helmet mengenai pemindahan mangsa serangan yang terbabit dengan serangan udara dilakukan oleh tentera Rusia serta rejim Syria yang telah meragut nyawa dua lelaki serta seorang gadis di bandar Hesh dan Idlib. Bagi rakyat Syria, negara mereka itu seolah-olah neraka yang berada di bumi.


Seorang lelaki telah dilaporkan terbunuh manakala dua orang lelaki serta seorang wanita telah tercedera dalam serangan yang dilakukan oleh rejim Syria ke atas orang awam yang melarikan diri di kawasan yang dibom berdekatan bandar Khan Shaykhoun di Idlib.


1) Pada hari ke 14 pengeboman, tentera Rusia serta rejim Syria bertindak mensasarkan apa sahaja yang bergerak di Idlib serta Hama. Dua orang awam yang melarikan dari kawasan itu telah terbunuh selepas sebuah pesawat pengebom mengebom kenderaan mereka.

2) Sementara itu pula, di bandar Khan Shaykhoun hari ini dilaporkan telah dihujani 60 peluru berpandu dalam tujuh serangan udara yang dilakukan. Kediaman serta harta benda orang awam yang terdapat di bandar itu telah bertukar menjadi debu serta serbuk. Serangan yang dilakukan itu dilihat seperti tiada penghujungnya.


1) Dalam satu siri serangan yang dilakukan oleh pasukan rejim menggunakan peluru berpandu di Idlib, Dua orang pelarian dari bandar Halfaya telah terbunuh manakala 20 orang awam yang lain pula tercedera.

2) 14 peluru berpandu beserta dua peluru berpandu yang mengandungi bom kluster telah menghujani masjid Grand City serta kompleks kediaman Al Noor pada pukul 2:15 pm.

3) Serangan tersebut telah menyebabkan kemusnahan yang teruk pada kediaman orang awam. Pasukan kami dikerahkan ke lokasi bagi memadam kebakaran serta mengumpulkan mayat dan memberi bantuan kepada yang tercedera.


1) Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh manakala 40 orang yang lain pula tercedera selepas pesawat tentera rusia menjalankan operasi pengeboman yang memasuki hari ke 14 berturut-turut di Idlib dan Hama hari ini.

2) Tiga orang awam yang melarikan diri daripada bandar Khan Shaykhun itu telah menjadi sasaran oleh pesawat milik tentera Rusia. Di tengah-tengah kekalutan tersebut, kemalangan yang membabitkan kereta telah meragut beberapa nyawa selepas mereka cuba untuk menyelamatkan diri mereka dengan melarikan diri daripada serangan udara itu.

3) 10 serangan udara dan lebih daripada 100 buah peluru berpandu berskala besar telah menghujani bandar Khan Shaykun sahaja. Kini bandar tersebut telah menjadi bandar hantu selepas operasi pengeboman yang dilakukan pihak tentera telah menghancurkan rumah serta harapan penduduk yang terpaksa meninggalkan segalanya di bandar tersebut demi menyelamatkan nyawa mereka. Bandar itu diumpamakan sebagai neraka yang berada di bumi.

 

Sumber: The White Helmets




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top