(Video) Sekumpulan lelaki pecahkan cermin, rosakkan kereta terperangkap di pasar malam Kota Bharu


Viral di media sosial ketika ini video menunjukkan seorang wanita dikerumuni sekumpulan individu yang tidak berpuas hati dengan tindakannya memandu di laluan pasar malam.

Dalam kejadian yang berlaku di Pasar Malam Parit Dalam, Kota Bharu, wanita itu dilaporkan berang kerana diserang sekumpulan pengunjung sebelum mereka bertindak merosakkan keretanya.

Pemilik kereta itu dilihat bertelagah dengan sekumpulan lelaki itu dan menjerit meminta mereka tidak mengapa-apakan keretanya, selain cuba memberi penjelasan.

Namun, situasi bertambah buruk apabila ada beberapa individ yang menjerit menyuruh orang ramai memecahkan kereta tersebut.

Menurut sumber, wanita itu mendakwa dia sudah biasa melalui jalan itu ke pasar malam yang lazimkan boleh dilalui kenderaan. Namun berbeza dengan keadaan malam tadi apabila bilangan pengunjung yang terlalu ramai menyebabkan dia terperangkap.

"Awak kena faham, saya panik sebab orang kejar saya dari pasar raya dekat sini. Awak faham tak, saya tekan minyak sebab saya nak lari daripada orang belakang, tendang kereta saya," katanya.


Dalam video itu juga kedengaran seorang lelaki mendakwa tayar kereta wanita itu bukan sahaja menggilis kaki seorang kanak-kanak, malah cuba melanggar pejalan kaki lain, serta bertindak biadab ketika diminta memberi penjelasan.

'RAMAI BETUL JADI NASI TAMBAH' - NETIZEN

Sementara itu di media sosial, netizen berkata, kejadian itu sepatutnya boleh diselesaikan dengan cara baik, bukannya menggunakan keganasan.






Sumber: Sinar Harian


r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top