(Video) 'Kalau kau tak cakap 'Baby sayang', aku tembak kau' - Monyet mati ditembak lelaki durjana


Viral di media sosial ketika ini, video seekor monyet menjadi mangsa kezaliman seorang lelaki yang tidak berhati perut mengundang pelbagai kecaman netizen. 

"Aku tak tahulah jenis manusia apa lelaki ini. Tolong cari lelaki ini sampai jumpa. Kesian sangat kat binatang tu. Buat gurauan bodoh macam ni. Tolong cari mamat ni," demikian tweet Ken. 

Berdasarkan video yang dimuat naik di Instastory itu, lelaki terbabit mengarahkan monyet itu menyebut 'Baby Sayang' yang sebelum ini menjadi viral di media sosial selepas disebut oleh pelakon, Mira Filzah. 

"Kalau kau tak cakap 'Baby sayang', aku tembak kau," katanya.

Bagaimanapun, haiwan yang tidak berdosa itu ditembak dengan pistol jenis Glock tepat di bahagian kepalanya selepas lelaki itu tamat membuat kiraan dari satu sampai tiga. 

"Aaa lain kali cakap baby sayang. Dia tak nak cakap baby sayang." katanya. 



Sementara itu, netizen menyelar tindakan lelaki terbabit dan meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan terhadapnya. 











Sumber: Ken



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top