(Video) Cubaan Makan Sotong Hidup-Hidup, Pipi Gadis Ini Disedut, ‘Digigit’ Sampai Berdarah

Seorang vlogger dari China menerima padah selepas mencuba untuk makan sotong kurita akhirnya terpaksa menahan kesakitan apabila diserang semula oleh sotong pada mukanya.

Gadis popular yang dikenali sebagai “Seaside Girl Little Seven” masih membuat video walaupun keadaan sotong tersebut sudah melekat pada mukanya. Pada awalnya, dia menggambarkan betapa kuatnya sotong itu menyedut kulit mukanya. Sebelum menyedari bahawa dia tidak berupaya untuk menarik sotong kurita itu daripada terus melekat pada wajahnya.

Video yang berdurasi selama 50 saat itu, jelas sekali menunjukkan kesengsaraan gadis ini yang mencuba untuk makan haiwan itu hidup-hidup.

 

Sumber: Odditycentral




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top