(Video) Budak maut dilanggar, diseret 20 meter oleh bapa saudaranya yang sibuk jawab panggilan telefon


Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun cedera parah selepas dilanggar dan diseret sejauh 20 meter dalam kemalangan yang berlaku di utara barat Delhi, India, lapor Times of India. 

Timbalan Ketua Polis, Vijayanta Arya berkata, siasatan awal polis mendapati kejadian itu berlaku pada jam 5:17 petang 22 April 2019, ketika Aas Mohammed, 37, menghantar Gulam, 3, pulang ke rumahnya. 

Mohammed, yang memandu kerea jenis Suzuki terdahulu menghantar anak saudaranya itu pulang ke rumah ibu kanak-kanak berkenaan. 

Sebaik saja tiba di destinasi, Mohammed meminta mangsa turun dan pulang ke rumahnya sendiri dan dalam masa yang sama, Mohammed menerima panggilan telefon lalu menjawab panggilan itu.

Mohammed menyangka Gulam sudah melintas jalan lalu menyambung semula pemanduannya tanpa menyedari keretanya terlanggar 'sesuatu'. 

Berdasarkan video kamera litar tertutup (CCTV), mangsa dilanggar lalu terperosok di bawah kereta dan terseret kira-kira 20 meter sebelum orang awam menjerit meminta Mohammed memberhentikan keretanya. 


Mangsa yang cedera parah dikejarkan ke hospital berdekatan dan keadaannya dilaporkan kritikal. 

Bagaimanapun, mangsa dilaporkan telah meninggal dunia selepas dua hari bertarung nyawa di hospital.

Susulan kejadian itu, polis telah menahan bapa saudara mangsa dan didakwa di mahkamah kerana cuai sehingga menyebabkan kematian mangsa. Tetapi, Mohammed dibenarkan diikat jamin. Kes masih dalam perbicaraan. 



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top