(Video) “Alolo Sampai Muncung Mulut Tu..” Telatah Comel Anak Kecil Ini Beri Pesan Puasa Buat Hati Netizen Cair

Keterujaan hari pertama umat Islam berpuasa di negara kita sememangnya terlihat dengan tanda palang terawih dan bangun sahur di laman Facebook mahupun Twitter. Sesetengah ibu bapa sememangnya akan mengajar dan menggalakkan anak mereka berpuasa sejak dari kecil. Dan antara cara untuk memulakan tabiat berpuasa itu adalah dengan mengejut anak kecil bangun untuk bersahur.

Semalam tular sebuah video pesanan puasa di laman twitter. Menariknya, pesanan itu disampaikan oleh seorang kanak-kanak perempuan yang berusia dalam lingkungan 3 tahun. Video yang dimuat naik di laman twitter itu mendapat lebih dari 12,000 kali ulang kicau dan 7,900 tanda suka.

Dia berpesan :

” Dengan berpuasa kita dapat tahu macam mana rasanya orang yang kelaparan.”

Suara dan mimik muka kanak-kanak berkenaan nyata menarik perhatian pengguna laman terbabit. Lebih-lebih lagi mulutnya yang termuncung-muncung menyebut satu-satu patah perkataan.

Sumber : Mamat Fitri 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top