Trip Bajet Ke Singapura, 3 Gadis Ini Cuma Belanja RM200 Sorang Untuk 3 Hari. Murahnya!

 

Kalau kata melancong walaupun ke negara sebelah ramai yang beranggapan bajet mesti banyak. Harus ribu riban.

Tapi sebenarnya jika kita tahu cara untuk berjimat kosnya mungkin sangat rendah. Macam percutian tiga sekawan ini ke Singapura. Selama 3 hari di sana belanja yang digunakan cuma RM200 seorang. Menarik kan.

Kalau ada kalangan korang yang nak ke Singapura mungkin boleh ikut itinerary yang dikongsi oleh Hanany Rossdy.

Trip Bajet dr JB Larkin ke Singapore cuma RM200 sorang untuk 3 hari!

1st day

Naik bas Air-Con Express rm3.30 dr JB larkin ke Singapore. 1 jam kemudian baru sampai woodlands, lepas imigresen . Dari MRT woodlands ke MRT Kranji sbb nak buat kad Singapore tourist pass. (Kranji ni main office: buka sllu awal dan tutup lewat) Sbb kami sampai awal pagi, jadi kami buat kad dkt Mrt Kranji.

Beli kad ni sebab nak jimat! Boleh kemana2 sahaja dgn Bas& MRT. (Ramai yg tak tahu singapore ada singapore tourist pass card ni. So kami ambil untuk 3hari!

🍃10 SGD for 1 days ( rm30)
🍃16 SGD for 2 days( rm48)
🍃20 SGD for 3 days (rm60)

Lepas siap beli kad, naik mrt ke Yishun sbb hostel kami dkt sana ( Funworknet). Berehat kejap, then terus pergi ke Marina bay bayfront, marina bridge, Helix drawbridge , singapore bayfront avenue, singapore marina bay sands mall📷.

Sbb kami malas nk jalan, kami naik bas ke Garden By The Bay( singapore tourist pass card kan ada, so naik bas FREE lah) . Sana ada pertunjukan lampu2 pada pukul 8-10mlam. Fush berlari kami sbb takut terlepas show tu, mmg seronok habis!

2nd day

Naik Mrt ke chinese garden 📷 lepastu naik mrt ke Harbour Front pulak. Dari mrt Harbour Front pergi ke laluan bus utk ke USS. Kena bayar 1 SGD/ rm3 (pergi) balik takyah bayar dah. Sampai je sana, terus tangkap gambar dkt USS then cuci mata dekat kedai souvenirs.

Tdapat banyak coklat!!! waa🤩. Ada Merlion Statue📷 jgk dkt situ! Siap tu, terus bjalan ke Pantai Sentosa (20min je) . Penat2 makan tangkap gambar semua, naik bas yang sama dkt line RSW8 ke Harbour Front balik. Dan naik mrt balik ke hostel.

3rd day

Naik mrt ke bugis street(byk cenderamata) & Little India, ya Ampun cantiknya design dan warna dkt building dia tu. Lepastu naik mrt balik ke Woodland dan ambil bas dari woodland ke JB larkin terus. (1.50 SGD/rm3).

Place visit

🍃Marina bay sand
🍃Marina bay bayfront
🍃Helix drawbridge
🍃Garden by the bay
🍃Merlion statue
🍃Bugis street ( souvenirs)
🍃Little Indian
🍃Chinese garden
🍃Sentosa Island ( USS)

Place to stay : Funworknet

TOTAL

Hostel 3 days : 40 SGD / rm120
Singapore Tourist Pass(valid 3days) : 20 SGD/ Rm60
Bas Harbour Front – Uss : 1 SGD/ rm3
Bas Jb larkin- Woodland :1.5 SGD/rm4.5
Bas Woodland- Jb larkin : 1.5 SGD/rm4.5
Total semua sekali : 3.3 +120 +60+3+4.5+4.5= rm195.30

*Price exclude food*

Posting asal Hanany boleh dibaca di sini

The post Trip Bajet Ke Singapura, 3 Gadis Ini Cuma Belanja RM200 Sorang Untuk 3 Hari. Murahnya! appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top