Tindakan Berani Seorang Lelaki Merogol Wanita Dalam Balai Polis Undang Padah

Perogol paling gila. Itulah gelaran yang sesuai untuk diberikan kepada seorang lelaki yang ditahan polis selepas didapati merogol seorang wanita dalam sebuah balai polis di Alaska, baru-baru ini.

Suspek yang berusia 25 tahun dikatakan telah merogol seorang wanita yang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum anggota bertugas menyedari perbuatan terkutuk itu melalui pantauan kamera litar tertutup(CCTV).

Anggota polis yang berada di tempat kejadian terus menangkap suspek yang sedang menindih mangsa. Wanita itu kemudiannya tersedar dan dibawa ke Hospital Memorial Fairbanks.

Ketika disoal oleh polis, suspek memberitahu bahawa dia berasakan yang ia adalah sesuatu yang ‘menarik’ untuk merogol seorang wanita di dalam sebuah balai polis.

Melihat semula kepada rakaman video CCTV, suspek dilihat memasuki perkarangan balai polis sekitar jam 4 pagi waktu tempatan sebelum kedua-duanya tertidur di atas kerusi yang berada di kawasan berkenaan.

Lelaki itu kemudiannya terbangun dan mula melakukan jenayahnya di saat wanita itu masih lagi tidak sedarkan diri. Suspek dilaporkan sudah mengakui kesalahannya dan sedang menunggu kesnya didengari.

Sumber: Washington Post




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top