Tiada Oven, Tiada Masalah, Atas Dapur Gas Pun Boleh Bakar Biskut Raya. Ikut Cara Ni!

 

Dekat nak raya ni orang perempuan memang bersemangat nak buat kuih raya. Resipi pun dah banyak yang disimpan malah dah ada pun yang mula buat biskut raya.

Tiada masalah bagi mereka yang dah ada oven di rumah, namun bagi yang tiada sedikit sebanyak akan membantutkan semangat.

Tapi orang perempuan ni kreatif, takde oven tiada masalah. Kita boleh bakar biskut atas dapur gas. Malah kejadian biskutnya elok saja.

Cara ini dikongsi oleh Suhaila Sue. So untuk korang yang tiada oven boleh ikut cara ini untuk buat kuih sendiri.

Bakar dalam kuali

Pertama kali mencuba, menjadi juga semperit saya. Bakar dalam kuali atas dapur gas. Cara-caranya:

1. Letak kuali atas dapur gas.

2. Buka api separuh kemudian tutup kuali guna penutup panas untuk panas. Biar dalam 10 minit.

3. Bila dah panas letak loyang berisi kuih dalam kuali. Tak perlu lapik.

4. Pastikan tutup kuali dan masak selama 25 minit menggunakan api perlahan sama macam masak biskut dalam ketuhar.

Elok kejadian biskutnya

Menurut Suhaila, cara ini bukan saja digunakan untuk membakar biskut tapi juga kek dan roti.

Resipi biskut semperit susu

Resipi biskut semperit susu yang digunakan Suhaila pula adalah seperti berikut:

1/2 cawan planta
1/2 cawan susu pekat
2 cawan tepung jagung
4 sudu besar tepung kastad.
Gaul semua sebati.Bentukkan dan bakar 25 minit atau dapur gas.

Sumber: Suhaila Sue

 

The post Tiada Oven, Tiada Masalah, Atas Dapur Gas Pun Boleh Bakar Biskut Raya. Ikut Cara Ni! appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top