Terkini: (Video) Pesawat Terbakar Buat Pendaratan Cemas, Penumpang Berkejaran Turun Selamatkan Diri

Moscow – Sebuah pesawat membuat pendaratan cemas selepas dipercayai terbakar dalam kejadian yang berlaku di Moscow sebentar tadi.

Beberapa video kejadian dikongsi di media sosial yang memaparkan bagaimana pesawat itu mendarat ketika ekornya berapi dan beberapa video lagi memaparkan penumpang-penumpang di dalam pesawat itu turun menggunakan gelongsor untuk menyelamatkan diri.

StarDaily melaporkan seorang disahkan maut di dalam kejadian.

Pesawat terbabit dipercayai jenis Sukhoi Superjet-100 namun destinasinya tidak dapat dipastikan.

Masih belum ada laporan rasmi mengenai kejadian. Berita lanjut akan dilaporkan.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top